nuff

Friday, 6 March 2015

JAN & FEB BIRTHDAY-UNIT AKAUN

Alhamdulillah semasa mesyuarat Unit Akaun yang lepas, banyak jugak idea dan perancangan yang telah diatur untuk merapatkan hubungan sesama ahli Unit Akaun. Aktiviti pertama yang diadakan adalah pertandingan baling bola ke lane @ bowling. Kadang2 bukan hadiah yang menjadi rebutan tapi kenangan bergelak-ketawa dengan rakan2 adalah kenangan manis yang lebih mahal harganya dari hadiah2 yg ditawarkan. Ehh...itu cakap org yang kalahlah...akulah tu..

So seperti yang telah dirancang, Seksyen Akaun Sekolah menjadi tuan rumah kali nie. Dapatlah merasa air tangan anak dara bancuh air kali ni. Permulaan yang baik Izan, lain kali boleh buat lagi. Practise makes perfect kan. Walaupun agak lewat....di kesempatan ini nak ucapkan selamat ulangtahun buat Kak Norishah, Kak Awie, Khaty, Rin & Zue. Semoga dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahi rezeki yang banyak & kebahagian di dunia dan akhirat. Amin.....
Terima kasih Tuan KS sudi membacakan doa pada majlis kami. 
Birthday mum sorang lagi tgh tekun buat kerja...
 Ok...cukup semua..
Happy Belated Birhday uolss...
 Betul tak aku cakap...keseronokan yang tak didapat dibeli dengan wang ringgit






Gambar Pn Blog haruslah ada kan...




Dan tahniah En Omar atas kelahiran cahaya mata yang pertama..