nuff

Saturday, 14 March 2015

BANDUNG - PART2

Seawal pagi dah bangun biasalah hari pertama tidur kat tempat orang mana nak tidur nyenyak sangat kan. Pukul 6 pagi kat sana dah macam pukul 9 pagi. Jalan pun dah mula sibuk sebab kat sana yg bekerja di kantor2 masuk pukul 7 pagi ya. Bangun pun golek2 malas sebab janji dengan Pak Supir pukul 10 pagi. Ok breakfast dulu kat bilik sambil iron2 baju untuk 2,3 hari. Turun2 bawah sekali Pak Supir dah ada sejak kul 8 pagi. Aissh...rupa2nya selalu mmg time tu dia ambil org, tu yg dia pelik kenapa kitaorg nak kuar lewat. Manalah kiatorg tau..so deal ngan Pak Supir esok dan hari seterusnya amik kitaorg pukul 8 pagi. I is blur mana nak pergi hari nie walaupun sebelum datang dah survey tempat2 yg nak pergi. So Pak Supir@Pak Erwin bawak ke Pasar Baru. Oii...berdebarlah pulak...mau tak, nak shopping juta2 nie. 
 Sempat gak merembat sepasang kain lace. Geramlah pulak.. 
 Nice pic my boy...tq
 Kebosanan duk menunggu ibu n nenek memilih kain

Kat sini sempatlah beli beberapa helai kain pasang dan telekung. Mak mertua aku yg yg kurang bershopping pun boleh terjebak sama. Aku pun beli jugaklah 3,4 pasang kot. Harga taklah murah sangat jugak. Seram aku tgk mak mertua aku membeli-belah..berpasang2 kain dia pilih. Sampai aku terpaksa cool downkan dia. Biasalah kakak2 ipar semua duk pesan beli kain..belum lagi sedara mara yg mengirim beli kainlah, telekunglah, handbag..akhirnya lepas tu terpaksa pergi money changer lagi sebab duit dh abis. Pukul 3 dah kuar dari Pasar Baru sebab masing2 dh lapar. Sebenarnya waktu pagi adalah waktu yg paling baik nak ke Pasar Baru. Sebab kul 3 dh kena keluar dari situ disebabkan jalan masuk dan keluar dari situ ada 1 sahaja. So boleh bayangkan suasana dia camner kan. Tapi sebenarnya belum puas lagi merayau dalam tu. Tak sempat nak pusing2 dalam tu sebab takut hilang nanti payah nak cari disebabkan belum beli simkad sana. Ok..kalau nak jimat kat sana boleh beli simkad  SIMPATI. Senang nak calling2 kat sana.

Terus cari port makan and our Pak Supir suggest Restoran Nasi Padang.
Stail Nasi Padang mmg macam nie..Dia akan hantar banyak lauk..tapi dia caj yg kita makan aje. 
 Masing2 laju je baca doa sebab dh lapar sangat katanya...


Teh botol nie dh macam trademark kat sana. 
 Hasil tangkapan dari Pasar Baru

Lepas makan terus ke outlet2 yang ada sbb nak cari barang sikit. Tapi aku rasa takdelah murah jugak. Kena pandai memilihlah sebab ada benda yg mahal..ada benda yg murah..Sebenarnya service Pak Supir nie sampai malam ye. Tapi sebab 1st day kitaorg penat sikit so kul 6 dah balik hotel. Pak Supir tu sanggup tunggu utk bawak kitaorg pg dinner. Tapi tak sampai hatilah pulak, so cakap yg kitaorg tak nak makan. Kalau nak makan pun maybe pg mall kat seberang jalan jek.
View dr bilik...nmpk macam menyeramkan. Tapi sebenarnya aku nak tunjuk yg jalan yg dh semakin sesak dan  gerai2 yg ada sepanjang jalan tu. Jual tshirt, souvenier, makanan dll. Tapi Pak Supir dah ingatkan jgn makan kt gerai2 sbb tak bersih sangat. Tapi kalau tengok banner 'Nasi Goreng Kambing' rasa macam nak try jugaklah.

Malam tu aku keluar ngan anak2 je sbb mertua aku dh tak larat nak jalan katanya. En Suami pulak tetiba dtg angin kus-kus tak nak keluar. So kitaorg merayau sekitar kaki lima hotel je sambil cuti mata. Tapi cuak juga sbb sentiasa diekori penjual2 jalanan nie. So, kalau korang taknak beli cakap je tak nak kalo tak diaorg akan asik mengekori kita. Anak2 aku pulak dh takut so terus ke mall berhampiran.
 So sempatlah diaorg melabur kat sini

1st time tgk Magnum yg menjadi taruhan


 Tak tau nak makan apa terus pg KFC..tapi masih ada perbezaan jugak KFC sini ngan kat sana ya.

 Yang paling aku suka cara pembungkusan untuk take away. Satu2 air dibungkus rapi takut tumpah kot. So mmg lamalah jugak nak tunggu. Balik bilik terus makan n tido dengan kekenyangan dan kepenatan sambil memikirkan apalah yang bakal dibeli besok..