nuff

Saturday, 21 March 2015

BANDUNG-PART 3

Hari ke 2, mintak Pak Supir bawakan ke Jalan Cibaduyut tempat jualan barang2 kulit. Tapi Pak Supir bawak kitaorg pergi kedai yang ala2 branded sikit kalau tak silap aku Grutti namanya. Harga pun boleh tahan jugak. So cuci2 mata ajelah dulu.
Penat aku menunggu dia duk memilih topi.Menambah koleksilah tu..


Yang nie pulak asik nak membeli teddybear. Sementara diaorg duk membeli kat situ aku dan En Suami ke kedai2 yg ada kat luar. Harga kat luar tu lagi murah dan boleh tawar-menawar lagi. En Suami pun boleh terjebak beli kasut kulit walaupun sebenarnya benda tu mmg dia tak plan nak beli. Aku pun sempatlah belikan abah beg sandang kecik.



Aku pun sempat membeli 2 pasang selipar. IDR20,000 @ RM6 sepasang.

Aish...leka bersoping sampai lupa nak makan. Bapa mertuaku request nasi Padang lagi tapi Pak Supir suruh cuba masakan Sunda pulak. So pergi makan kat sini ajelah. Sampai pulak waktu makan tengahari, so mmg ramailah orang. Tapi tempatnya luas dan selesa. 


Pak Supir yang kitaorg amik nie bagus jugak sbb dia yg selalu suggestkan pergi mana lepas satu2 tempat kitaorg pergi. So...kitorg mengikut ajelah dan destinasi berikutnya ialah Rumah Sulam. Actually org nie dulu berniaga kat Pasar Baru, tapi sekarang dia buat kat rumah aje. Tempatnya mmg selesa so mmg aku buat hal sendirilah. Belek sana..belek sini..takde pun dia marah aku duk menyelongkar. Kain kat sini harga semuanya sama dalam IDR110,00.00 @ RM30.00 aje..Amboi mmg berpinar bijik mata nak memilih. Siap duk bersila lagi buat hal sendiri. Selain kain sulam ada jugak jual telekung, jubah siap dan souveniers. Minuman percuma pun disediakan tapi kena buat sendirilah. Walaupun tokey kedai ni bukan Islam, tapi dia siapkan tempat untuk bersolat. Kat sana aku perhatikan mmg tak susah nak cari tempat solat, kat mana2 pun ada. Pokok pangkal hati kita..

Iya2 suruh aku senyum, tapi amik gambar separuh je nampak. Aku suruh fokus kat bahagian sulam2 tu...Boleh agak kan sapa yg amik gambar nie??
Balik tu sempat singgah Rumas Tas sebab En Suami cari beg laptop. Uish..kat sini pun ramai jugak peniaga2 jalanan. Turun kereta je terus kena serbu. Sempat jugak membeli jam dinding Hard Rock Cafe dan extra beg. Beg yag ado tak cukup untuk menampung barang2 yg telah dibeli. Poning pulak memikirkannya sebab yg kena kemas sapalagi kalau tak aku.  Hari nie pun kitaorg balik awal sebab kepenatan. So malam cuci2 mata dekat mall yg berdekatan aje.