nuff

Wednesday, 11 March 2015

BANDUNG - PART 1

Rutin setiap tahun, bercuti bersama2 anak sempena hari keputeraan Yamtuan Negeri Sembilan. Tapi kali nie mertua dan anak buah ikut sekali. Bapa mertua aku yang beria2 nak ke Indonesia. So ofkoslah aku yang pilih dan tentulah aku  akan pilih Bandung. First time kitaorg naik flight melalui LCCT 2. Seram-sejuk jugak nak naik flight selepas kejadian flight terhempas hari tu. Ingatkan lepas drop beg nak makan2 dulu kat luar. Sekali tanya kaunter AA dari situ ke balai berlepas kena jalan dalam 30 minit. So terpaksa batalkan niat and terus masuk ke dalam. Kalau aku 4 beranak bolehlah duk berlari2..nie bawak mak dan abah kesian pulak. Walaupun agak jauh tak terasa sangat sebab eskalator disediakan. Kedai2 pun ada disediakan di sepanjang laluan tu, so tak terasa sangatlah jauhnya. 



LCCT 2 nie sangat selesalah berbanding yg lama dulu.  Kat dalam tu pun macam2 restoran yg ada. Sediakan duit je. Bagi budak2 nie makan kenyang2 dulu...so selamatlah dari membeli benda yg merepek sebab flight delay. Dalam flight akan diberi borang untuk diisi, lebih kurang cam visalah sepanjang berada kat sana. Org lain sedap2 tidur..aku macam biasalah disuruh mengisi borang untuk 8 orang. Nak termuntah dibuatnya...dahlah flight tu bergegar2. First time naik flight malam..apa pun tak nampak. Dahlah masa tu cuaca tak berapa baik...dengan kilat lagi. Sempat jugak jeling2 En Suami..diam je..cuak lah tu sebab cuaca tak elok sikit malam tu. Alhamdulillah selamat sampai dalam kul 11 lebih...tapi waktu sana 10 lebih sebab sana lewat satu jam dari Malaysia. Cuaca malam kat sana dingin, sejuk dan berangin je.

Kat kaunter tu, Imigresen  akan cop borang yg aku isi masa dalam flight tadi. Pastu keratan tu kenalah simpan elok2 sebab masa nak balik KL nanti dia nak balik keratan borang tu. Make sure jangan hilangkan keratan tu. Sampai kat luar airport dah ada org yang jemput kitaorg. Sebab masa booking hotel aritu through Booking.Com dah request pihak hotel jemput kat airport. Rupa2nya supir tu entah dari mana datang jemput kitaorg. Yang peliknya siap ada sepanduk nama penuh En Suami. Macam konspirasi pulak...malas nak fikir...last2  supir tu caj kitaorg IDR150,000.00 (Rm50.00) lebih kuranglah. Macam dah kena tipu je. Tapi malas nak fikir2 sbb dh lewat malam. Semua pun dah penat nak tidur je nie.

Sepanjang kat sana aku menginap kat Serella Hotel, Jalan Cihampelas. Mmg puas hati sebab hotel ni baru buka Jul, 2014. Condition pun tip top. En Suami mintak tlg kawan book kat Booking.Com sebab harga murah sikit berbanding walk in. Lagipun kawan En Suami mmg dh selalu pergi Bandung. So mmg banyak jugaklah bertanya ttg dia pasal trip kali nie. Harga tak ingat...sebab bukan aku yg bayar.  Lokasi sangat strategik sebab sepanjang laluan tu banyak kedai2 dan gerai2 sepanjang kaki lima jalan tu. So suasana kat situ senantiasa meriah. Kat situ pun dekat dengan shopping mall. So kalau teragak nak makan KFC, Pizza ke memang senanglah.Itu je yang paling senang kot sebab kalau tgk menu mmg tak tau nak order apa. Kadang2 pergi makan tu...order pun berdasarkan gambar...Takpe pengalaman tu..

 
Sumber : Google
Lobby 
Sumber : Google
 Superior room 2
Sumber : Google

Ni nak tips sikit..kalau takut terover bajet buat macam nie. Tapi aku rasa kalau first time datang mmg akan terover bajet. Tapi aku & En Suami dah buat persediaan awal. Aktifkan kad ATM untuk pengeluaran luar negara. Tukar duit siap2 kat Malaysia sbb kalau tukar kat sana mahal sikit. Kalau tukar kat LCCT2 pun mahal jugak. Aku tolong separatekan duit En Suami dulu. Tukar RM2,000.00 dapat dalam IDR7 juta lebih kot. So aku asingkan dulu duit untuk airport tax IDR75,000 X 4 orang dan duit supir IDR600,000.00 x 3 hari. Ok duit yang lebih tu, aku asing2 ikut hari. So, setiap hari aku akan kasi En Suami duit yg aku dah asing2kan tu. Aku takut dia pening tgk duit banyak benor angka 0000. Duit aku pun aku asingkan ikut hari jugak..tapi over budget jugak. Terpaksalah cucuk jugak ATM kat sana. Sbb dh aktifkan so duit yg keluar adalah IDR bukan RM ye. Tapi adalah sikit caj.



Opss..jangan lupa bawak International Charger sbb plug kat sana tak sama macam kat Malaysia. Kang tak pasal2 nak kena beli lagi kat sana. Haish...nanti kang kurang lagi duit nak shopping kan. Bersambung next entry ye..

Image result for international adaptor