nuff

Wednesday, 25 February 2015

KAMI & IOI MALL

Hati aku berbunga2..rindu kat Abah dan adik2 terubat juga bila diaorang datang Seremban. Sejak arwah Ma sakit dan terlantar mmg Abah dah lama tak datang Seremban. Cuti sekolah pun tak dapat nak balik Kuantan. Kekangan kerja ditambah pulak Aiman dah start tuisyen untuk UPSR. Aiman dan Syira pulak asik menghitung hari bila Atuk nak datang.
Keropok Lekor Kuantan. Order khas kat adik aku.
Dah reramai nie..mood memasak tu lain sikit. Lepas makan terus diaorg keluar entah ke mana. Mesti anak2 aku duk mengepau Atuk diaorang. Esok tu ingat nak bawak Abah dan adik2 berjalan ke IOI Mall, sekali boleh pulak tangki air tersumbat. Satu hal pulak En Suami dan Abah berkampung atas bumbung merepair  sampai ke tengah hari. So tengah harilah kitaorang ke sana. Sampai2 terus cari kedai makan, tapi faham2lah tempat baru semua tempat full. Nasib sini tak ramai orang. Teh Tarik Place.

 Roti Canai Kosong pun mahal. Tak ingat berapa tapi rasanya lebih kurang RM3.00 kot.  Teh Tarik  Rm3.50 secawan.
Nasi Kerabu RM 13.00
Nasi Goreng Kampung RM 11.00 kot. Pitam tengok harga makanan.
Memang dah target nak masuk sini sebab tgk dalam FB macam best jek. Anak2 aku dah merayau ngan Atuk, Makcik2 n Paksunya. Risau lak aku dia duk mengepau Atuknya. Macam2 barang ada tiles, barang elektrik, brg2 hardware, hiasan rumah, rak2 n bakul yg comel tapi taklah sebesar IKEA. Bakul yang aku cari takde pulak kaler putih yg aku nak. Nampaknya kena datang lagi nie.
 
En Suami mmg obses dgn pokok2 comel nie. Usha2 jugak nak letak dalam bilik air, tapi harga tak cantik. Itu mmg stail kitaorg membeli. Kalau harga tak ngam macam yg kitaorg bajet, mmg tak akan belilah. Alah membeli, menang memakai...lebih kurang gitulah konsepnya.

 Sempat jugak ke Index Living Mall dalam IOI Mall ni jugak. Kalau masuk tempat macam nie seharian pun tak terasa. Buat kawan2 yang bakal nak berpindah ke rumah baru..meh cuci2 mata cari idea nak hias rumah. Yang tak pindah rumah baru pun boleh jugak cuci mata. Most of the colour dinding nie aku dah try dah. Target aku sekarang nak buat wallpaper pulak. Tapi bajet belum ada lagi. Hu..hu..













 Seperti yang dijangka, anak2 aku berjaya mengepau main kat Ice Scape. Fee seperti dibawah. Selalu kalo pg Sunway Piramid dapat tengok orang main. Kali nie ada peluang main, sampai habis lencun baju Syira. Apa taknya...tak pernah main, asik bergolek je. Satu hal pulak nak beli baju lain. Kesian pulak duk mengigil je. So kalau nak bawak anak2 yg tak berapa nak pro ke sini, make sure korang bawak baju spare..