nuff

Friday, 6 February 2015

HARI INOVASI & FAMILY DAY JUPEM 2014

Lama giler tak update belog...aku pun tak tahu apa yg aku sibukkan. Last update pun masa tengan mc panjang. Bila dah naik keje, faham2 ajelah bila dh kerja bahagian akaun nie. Masa kat opis lama sampai gaduh2 ngan bos sebab dia suruh aku ot siapkan kerja bila hujung tahun. Kat opis sekarang tak payah nak suruh ye...sendiri mau ingat. Sampai nak muntah mengadap baucar. Kalau tak caya meh datang opis aku hujung2 tahun...muka masing2 stress je. Nak cuti dan pergi bercuti pun fikir banyak kali..

Oklah citer kali nie pasal Hari Inovasi & Hari Keluarga JUPEMNS yang telah diadakan di tapak rekreasi Mayang Sari Port Dickson pada 13 Disember 2014.(baru sempat nak upload citer). Uish...lama betul tak datang PD.  Sebenarnya tak suka sangat pg pantai bawak anak2... kalo dah pg pantai mesti nak mandi kan...abis tu mesti pasir2 pantai nan halus tu angkut  sekali bawak balik ke rumah kan...tak suka tau..rimas tau ngan pasir2 nie. Kalau balik Kuantan pun jarang sangat aku pg pantai walaupun rumah tepi pantai jek. Kalau pergi pun sampai jeti ikan je sebab nak cari ikan fresh nak buat ikan percik or semata-mata nak cari keropok lekor..OOO...I MISS KUANTAN VERY2 MUCH...



Tahniah En Suami & team kerana memenangi Anugerah Harmoni Pasukan Kerja Luar Terbaik.


Gara-gara menang tempat kedua jogathon kategori 7-12 tahun Taman Lavender Heights, semua acara sukan hari tu Syira nak masuk.Walaupun masa mula2 mendaftar malu2..

Yang nie memang tak de bakat bersukan, macam ibu dia jugak.Jadi bodyguard ibu jelah..

Telan2 air liur tengok anak2 makan aiskrim, dhlah tongah paneh..Aku masih berpantang masa nie dan sekarang nie pun masih berpantang. Uhuk....

Antara hadiah2 yang dimenangi pada hari tu. First time cabutan bertuah dapat hamper besar. Selalu mmg tak bertuah pun. Apa2 pun tahniah buat warga JUPEMNS kerana berjaya menganjurkan Hari Keluarga tersebut. Dan yg paling buat aku respek ialah penglibatan Pengarah dalam kebanyakkan acara sukan dan dalam masa yg sama sanggup berjemur untuk memberi sokongan dalam setiap acara sukaneka yg diadakan. Well done..