nuff

Tuesday, 10 February 2015

FAMILY TRIP - SUNWAY

Last entri untuk tahun 2014. Cuti sekolah hari tu, tak dapat nak amik cuti panjang. Rindunyaa.....nak balik Kuantan. Jenguk Abah dan adik2. Aku sukerrr sangat kalau dapat balik sana, sebab dapat makan sedap2. Start keja 3hb aritu mmg pulun duk buat kerja. Tahun nie baucar yg nak dibuat melambak2...hish nasiblah segala2 nya dah berakhir. Dalam duk sibuk2 tu sempat juga bawak anak2 pg berjalan. Family En. Suami punya plan. Dahlah aritu masa diaorg pergi Legoland kitaorg tak dapat join. So kali nie, mmg pulun duk buat kerja sebab nak cuti punya pasal. Kali ni menginap kat Regalia, Jln Tun Ismail. Kedudukan yg sangat strategik..sebab niat mmg nak pg vendor fair kat PWTC.
Suka sangat tgk decoration hotel apartment nie. Mula jatuh cinta dengan wallpaper.

 
Seawal pagi, rombongan menuju ke Sunway Lagoon

Tak sempat ambil gambar beramai2. Masing2 excited tengok air. Anak2 buah kat belakang dah sama besar dengan aku dah. Ops..bukan sama besar, lagi besar dari aku kot.




Misi kali nie nak round semua tempat. Dulu pg duk kat water park jee.


 
Naik jap makan pastu berendam balik. Mata Syira lebam sebelah sebab duk berlaga dengan sepupu dia. Sekali tgk dh macam kena deralah pulak.



 


Aiman dah tak nak ikut Ibu jalan2..dia dh bujang katanya lah..

Balik tu singgah makan kat belakang Istana Budaya. Kelaparan seharian berendam, sekali makan terus order 2 pinggan. Masing2 makan tanpa berkata2. Penat...masa ajak balik masing2 tak nak naik.
Balik tu semuanya terus senyap dalam bilik masing2, kepenatan seharian berendam. Tapi misi ke Vendor Festival kat PWTC tetap diteruskan. Terbayang2 dah apa yg ada penangan layan instagram kan. Banyak giler booth2 yg ada. Sempatla jenguk artis2 yg ada bukak booth kat situ. Berjaya merembat 2 helai kain pasang, 2 helai instant shawl, blaus dan orkid hiasan. 
 En Suami pulak malam tu boleh pulak pg tengok bola Final AFF kot stadium. Aku pun dah lupa. Tapi rasanya game tu Malaysia vs Thailand. Walaupun kalah..game mmg hebat cuma takde rezeki. Bapak mertua aku yg tak minat bola pun boleh terjerit2 menengoknya. Dulu2 masa En Suami kecik2..abah selalu marah2 kalau En Suami main bola..nak jadi kerbau ke..macam org bodoh 1 bola duk berebut 22 orang dlm padang. Ha..ha..kelakar betul abah punya statement....Yelah dulu2 abah susah...dia takut kalau En Suami leka ngan bola nanti pelajaran entah ke mana. Tak sia2 abah marah2 dulu...alhamdulillah anak abah dah berjaya...masih membina kerjaya, mampu menanggung keluarga dan yg penting masih menjaga kebajikan kedua ibubapa. Doakan yg baik2 je..insyaAllah...

Dan buat penyokong Malaysia yg kecewa pada malam tu...jgn putus asa. Kalau kita sendiri tak beri sokongan pada negara kita..siapa lagi yg kita nak harapkan. Malaysia Boleh...