nuff

Sunday, 23 November 2014

AL-FATIHAH my SYURGA

Agak lama jugak tak menjengah blog. Banyak cerita yg nak dikongsikan. Tapi hati dan jiwa terasa kosong. Bila memikirkan masih ada insan2 tersayang yang masih memerlukan aku, aku kena juga terus melangkah ke hadapan. Bersedih macam mana pun kehidupan perlu diteruskan. Bagi yang sudah mengetahui, disini aku cuma nak maklumkan my Syurga telah kembali ke Penciptanya pada 4 November, 2014. Genap 2 bulan selepas ulangtahun kelahirannya yg ke 61 tahun. Sesungguhnya aku dan keluarga redha dengan pemergiannya. Hati bagai ditusuk2 melihat penderitaan dan kesakitan yang dialaminya selama ini. Syukur dikurniakan adik2 yang banyak membantu menjaga Ma selama ini. Terima kasih Liza, Nadia dan Fariq kerana banyak meluangkan masa, keringat dan perhatian untuk Ma. Semoga diberikan ganjaran yang terbaik dariNYA.

Kali nie jugak mak aku dimasukkan ke hospital kerana masalah jangkitan kuman. Tapi telah dimaklumkan Doc yang keadaan mak aku sangat lemah. Doc jugak tak akan paksa mak aku lagi. Bergantung kepada semangat juang mak aku sahaja. Hampir 2 hari bergantung pada mesin, akhirnya mak aku pergi jua  tepat 2.27 pm, 4 Nov 2014. Walaupun telah dimaklumkan lebih awal, tapi aku tak berkesempatan berada disisinya gara2 kesihatan diri sendiri yang tidak mengizinkan. Maafkan Kak Da...ma..

Alhamdulillah..sewaktu aku sampai arwah sudah dimandi dan dikapankan. Hanya menunggu aku sebelum disemadikan. Puas menangis sepanjang perjalanan ke Kuantan, airmata aku dah kering dan sesungguhnya aku redha dengan ketentuanNYA. Lagi2 melihat airmuka arwah yang sangat tenang, hilang sudah penderitaan dan kesakitan yang dialami selama ini. Arwah disemadikan pada malam itu jugak, walaupun masih ramai saudara-mara yg belum sempat menziarahi. Kami semua menghormati permintaan abah. Terima kasih buat saudara-mara, jiran2, sahabat2 dan kawan2 abah dan ma yang datang menziarah. Bagi pihak arwah, aku mohon ampun dan maaf sekiranya ada silap dan salah arwah semasa hayatnya. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang -orang yang beriman. Al-Fatihah...