nuff

Thursday, 27 November 2014

THROWBACK - LEGOLAND

Kebosanan dah nie..ada lagi 6 hari lagi mc yang nak dihabiskan. Godek2 pc jumpa lak gambar2 lama. So eloklah dimasukkan dalam blog sebelum hilang begitu saja. Entry kali nie cuci mata ajelah...nak citer pun dah lupa. Ahaks..











 My brave boy...
















Tuesday, 25 November 2014

KAU PERGI JUA

Terima kasih sayang...atas kegembiraan dan kebahagiaan selama 9 minggu ini. Terima kasih kerana sudi menumpang dalam rahim Ibu buat seketika. Walaupun terlalu menyayangimu namun apalah daya ibu. Sesungguhnya perancangan Allah SWT adalah yang terbaik. Semoga kita bertemu disana..InsyaAllah. 

Ya..aku disahkan hamil buat kali kelima 9 minggu yang lepas. Tapi Allah duga aku dengan kesakitan disebalik kegembiraan itu. Hampir 2 minggu aku tak dapat bergerak dan berjalan dengan sempurna. Genap 6 minggu kehamilan aku buat check up kat Klinik Sulkhilmi, Senawang. Doktor yang sama merawat aku semasa kehamilan ektopik aku yang lepas. Sempat berborak2 dengan doktor ttg kes yg dulu. Patient dia yg paling teruk sampai terpaksa diangkut dengan ambulans ke hospital. Hasil scan, alhamdulillah kantung berada dalam rahim dan berkelip2 dapat lihat degup jantung baby. En Suamilah yg paling excited sebab first time kot dia tgk semua nie. Dulu2 mengandung kat klinik kesihatan manalah En Suami boleh masuk masa check up. Syiralah org yg paling gembira sbb nak dapat adik lagi. Sampaikan gambar scan baby berulangkali dibelek dan diciumnya. So check up seterusnya lagi 2 minggu.

Mengandung kali mmg amat dimanjakan oleh En Suami. Kawan2 seopis pun ramai yg ambik berat. Alhamdulillah...dikurniakan kawan2 yg prihatin. So genap 8 minggu pergi scan lagi. Tapi kali nie scan dah tak nampak degup jantung baby. So doktor mintak izin nak scan ikut bawah. Redha ajelah...waktu nie aku dah start berdebar2. Ya Allah...dugaan apakah ini. Keputusannya still sama..so doktor kasi tempoh 1 minggu lagi untuk scan semula. Masa nie aku dah rasa sangat sedih..adakah aku akan kehilangannya lagi. En Suami sedaya-upaya menenangkan aku...tapi aku tak dapat nak kawal emosi aku lagi. Sangat2 down...

 Menghitung hari nak pg scan lagi. Sabtu tu smpt pg keluar ke Palm Mall. Pg makan2, cuci2 mata untuk hiburkan hati. Sempat jugak Syira belek2 stokin untuk adik..katanya. Aku pulak yg rasa sedih dan sayu. Entah ada tak rezeki nak jumpa adik.



 
Tapi En Suami beria2 mententeramkan hati ini..suruh aku berfikiran positif. Ada jugak aku google kt internet kes macam aku nie. 90% dari hasil carian mmg amatlah mengecewakan. Janin tidak berkembang dan tak mampu survive. So aku dah redha bila doktor scan dan aku tgk kantung tu dah tak bulat cantik. Tak payah scan bawah pun aku dah tau baby dh tak de. Tapi tetap kena scan bawah jugak nak sahkan keadaan yg sebenarnya.

Doktor cakap kes macam nie banyak berlaku bulan nie. Janin tak membesar dengan sempurna dan sepatutnya. So Doktor beri aku 3 pilihan, nak biar gugur sendiri, makan ubat n biar ia turun sendiri or buat dnc.  Nak biar ia gugur sendiri maybe akan ambil masa sama jugak kalo makan ubat. Mungkin akan sakit dan kalau tak keluar semua tetap kena buat dnc. So doktor cakap baik buat dnc..buat apa nak simpan lagi sedangkan dah tahu hakikat yg sebenarnya. Lagi menganggu emosi. Doktor suruh aku dan En Suami berbincang dulu. Call je dia kalau nak buat dnc.

En Suami cadangkan aku buat dnc. Bergenang2 air mata kami bila membincangkan hal nie. En Suami mmg berharap nak tambah anak lagi tapi dia lagi tak sanggup lihat aku kesakitan lagi. Emosi kami bercampur baur masa tu. Aku tak sanggup nak cerita dgn anak2. En Suami je yg bercakap ngan anak2 dan orang yg paling kecewa adalah Syira. Sampai dia cakap dah 3 kali dah ibu. Kesian dia berharap betul. Selasa tu sempat pergi opis settlekan kerja2 yang sepatutnya dan mampu sahaja. Sebab lepas nie mc 2 minggu.

 So hari Rabu tu pergilah menyerah diri kat klinik untuk buat dnc. Kenapa tak buat kat hospital pun atas permintaan En Suami jugak. Sebab dia nak proses tu berjalan lancar tanpa kesan lain di masa akan datang. Dia nak yang terbaik untuk aku. Ikut aku tak kisah mana2 pun. Sakit semuanya sama je.

Kul 10.45 tu, nurse masukkan 3 biji ubat kat dalam aku punya tut. Untuk lembutkan pangkal rahim bagi memudahkan urusan dnc tu. Aku tak dibenarkan bangun dalam masa 2 jam. Sempatlah berwassap, berfacebook bagai dalam 1 jam pertama siap lelap lagi. Pastu dah 1 jam lebih, start sakit ari2 dan pinggang. Tapi aku boleh tahan lagi sebab dulu masa ektopik lagi sakit pun aku boleh tahan. Doktor Sulkhilmi pun cakap dia akan buat dnc lepas Zohor. So, sempat lagi aku suruh En Suami balik dulu. Aku pulak sempat lagi duk membaca Metro sampai habis. Masa nie dah start bleeding.
Dalam 1.30 tu dah masuk bilik untuk dnc. En Suami pun blm sempat sampai lagi. 3 kali masuk ubat aku terus lelap. Sedar2 dah pukul 2.30.  Dah settle pun buat dnc. Tak rasa apa pun, rasa mamai je. Sampai kat katil sambung tidur lagi. En Suami dh siap bawak nasi untuk aku. Tapi tidur itu lebih nikmat kot dari makan buat masa tu. 

Org yg setia menanti disisi isteri yg asyik beradu. Aiman pun masa nie siap boleh tidur bergolek atas kerusi. Sedar2 je terus mintak Milo ngan nasi. Lapar sangat sebab dari malam tak lalu nak makan sebab takut sangat buat dnc tu sakit. Rupa2nya tak sakit pun. Pastu doktor scan sekali lagi nak tgk samada clear tak dnc yg dia buat td. So alhamdulillah, semuanya clear kul 6.00 tu dah boleh balik.

So selamat berpantanglah untuk aku. Berpantang tanpa baby buat kali ketiga. Kadang2 tercalar juga emosi. 2,3 hari nie duk layan emosi. Tersengguk2 menahan tangis seorang diri. Aku ingat aku kuat rupanya tak. 2 kehilangan dalam masa 3 minggu....perit dan sakit. Tapi alhamdulillah, En Suami sentiasa ada disisi untuk menenangkan diri ini. Terima kasih En Suami kerana bersabar melayani kerenah dan emosi isterimu yang masih terumbang-ambing ini. Semoga kebahagian ini kekal milik kita. Setiap kedukaan yang kita alami ini insyaAllah pasti akan manis akhirnya. 

Sunday, 23 November 2014

AL-FATIHAH my SYURGA

Agak lama jugak tak menjengah blog. Banyak cerita yg nak dikongsikan. Tapi hati dan jiwa terasa kosong. Bila memikirkan masih ada insan2 tersayang yang masih memerlukan aku, aku kena juga terus melangkah ke hadapan. Bersedih macam mana pun kehidupan perlu diteruskan. Bagi yang sudah mengetahui, disini aku cuma nak maklumkan my Syurga telah kembali ke Penciptanya pada 4 November, 2014. Genap 2 bulan selepas ulangtahun kelahirannya yg ke 61 tahun. Sesungguhnya aku dan keluarga redha dengan pemergiannya. Hati bagai ditusuk2 melihat penderitaan dan kesakitan yang dialaminya selama ini. Syukur dikurniakan adik2 yang banyak membantu menjaga Ma selama ini. Terima kasih Liza, Nadia dan Fariq kerana banyak meluangkan masa, keringat dan perhatian untuk Ma. Semoga diberikan ganjaran yang terbaik dariNYA.

Kali nie jugak mak aku dimasukkan ke hospital kerana masalah jangkitan kuman. Tapi telah dimaklumkan Doc yang keadaan mak aku sangat lemah. Doc jugak tak akan paksa mak aku lagi. Bergantung kepada semangat juang mak aku sahaja. Hampir 2 hari bergantung pada mesin, akhirnya mak aku pergi jua  tepat 2.27 pm, 4 Nov 2014. Walaupun telah dimaklumkan lebih awal, tapi aku tak berkesempatan berada disisinya gara2 kesihatan diri sendiri yang tidak mengizinkan. Maafkan Kak Da...ma..

Alhamdulillah..sewaktu aku sampai arwah sudah dimandi dan dikapankan. Hanya menunggu aku sebelum disemadikan. Puas menangis sepanjang perjalanan ke Kuantan, airmata aku dah kering dan sesungguhnya aku redha dengan ketentuanNYA. Lagi2 melihat airmuka arwah yang sangat tenang, hilang sudah penderitaan dan kesakitan yang dialami selama ini. Arwah disemadikan pada malam itu jugak, walaupun masih ramai saudara-mara yg belum sempat menziarahi. Kami semua menghormati permintaan abah. Terima kasih buat saudara-mara, jiran2, sahabat2 dan kawan2 abah dan ma yang datang menziarah. Bagi pihak arwah, aku mohon ampun dan maaf sekiranya ada silap dan salah arwah semasa hayatnya. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang -orang yang beriman. Al-Fatihah...