nuff

Friday, 31 October 2014

MINI GARDEN EN SUAMI

Cuti sekolah hari tu tak ke mana2 pun. Nak balik kampung jenguk Abah n Ma pun tak dapat sebab mertua aku tak sihat. Keluar masuk hospital je. Alhamdullilah bapa mertua aku pun dah sihat sikit. Kesian anak2 aku tak dapat ke mana2 pun. 2,3 hari jugak aku bawak g opis. Nak cuti, cuti dahlah tak banyak. So aku dan En Suami bergilir2 lah jaga anak. En Suami aku penat macam mana pun, dpt pegi nursery terus hilang penat dia. So misi kali ini adalah mencari pokok air, teratai dan seangkatan dengannya.
Aiman pun kalau dtg sini dah pandai nak pilih pokok juga. Dah minat pokok macam ayah pulak. Aku suka tgk je, nak menanam taklah. Dah tau aku tak minat tetap paksa aku ikut jugak. Sebab nanti aku jugak yg disuruh buat final decision.

Pokok yg dicari belum ada stok. Nak tak nak dah sampai beli jugak apa yg ada.

Satu set siap pasang dalam RM 900.00. Tapi En Suami pelanggan tetap kat sini..ofkoslah special price lagi. InsyaAllah next projek. Kumpul duit dulu.

Yg nie dah keboringan sama macam aku

Inilah yg di cari. Orkid Harimau tu dah 10 tahun tanam masih tak berbunga2. Ada petua tak?? Rumput tu pun gigih En Suami yg tanam masa mula2 pindah. Sebelah rumput carpert sebelah lagi cow grass. Bajet kurang masa tu. 

Tada...rumah baru

Rezeki kami..dah 2 kali pokok nie berbuah walaupun pokoknya kecik je. Time pungut hasil aku memang suka. Tapi bila En Suami suruh siram pokok aku hentak2 kaki.

Delima pun baru tanam dah berbuah. Risau dahan patah sebab masih kecik. Hari nie aku amik gambar buah ni, esok dah kena kebas sebijik. Dahlah yg paling besar orang tu amik.

Nie beli kat Cameron 2 tahun lepas. Dalam banyak2 benda Aiman boleh request nak beli bunga raya. En Suami layankan aje. Merah untuk Syira dan Kuning untuk Aiman.
Pokok Kurma pemberian seseorang. Entah berbuah ke tidak. Tunggu ajelah.



In action. Proses belit-membelit bonsai. 
A part of hasil kerja En Suami. Tapi bila nak bercuti or balik kampung dialah yang paling susah hati takut pokok mati. Terpaksalah minta tolong anak buah tolong siram.