nuff

Friday, 31 October 2014

APAM SNOW WHITE

Kali nak share resipi Apam Snow White. Selalu yang mak aku buat jual dulu letak tapai nasi. Aku kan nak yang mudah je. So google punya google terjumpalah resipi yang senang nie. Jom cuba..confirm tak menyesal punya.

APAM SNOW WHITE

3 cawan tepung beras (aku suggest cap teratai)
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula
1 peket mauripan

* Satukan semua bahan dalam 1 bekas

2 cawan nasi 
3 cawan air

Blend sampai hancur dan masukkan dalam adunan tepung tadi sikit demi sedikit sampai sebati. Macam kat gambar kat bawah.

Hasilnya setelah diperap selama satu 1 jam
Panaskan kukusan. Sapukan sedikit minyak pada acuan.
Kukus selama 15 minit dengan api yang besar
So inilah hasilnya. Nak yang berwarna cuma campur setitik 2 pewarna pada adunan.
Makan dengan kelapa parut memang sodap. Tapi dulu aku mmg suka makan ngan sambal bilis mak aku. Memang meletop. Menu minum petang kami selepas hujan lebat. Masing2 kekenyangan sampai malam.