nuff

Friday, 31 October 2014

APAM SNOW WHITE

Kali nak share resipi Apam Snow White. Selalu yang mak aku buat jual dulu letak tapai nasi. Aku kan nak yang mudah je. So google punya google terjumpalah resipi yang senang nie. Jom cuba..confirm tak menyesal punya.

APAM SNOW WHITE

3 cawan tepung beras (aku suggest cap teratai)
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula
1 peket mauripan

* Satukan semua bahan dalam 1 bekas

2 cawan nasi 
3 cawan air

Blend sampai hancur dan masukkan dalam adunan tepung tadi sikit demi sedikit sampai sebati. Macam kat gambar kat bawah.

Hasilnya setelah diperap selama satu 1 jam
Panaskan kukusan. Sapukan sedikit minyak pada acuan.
Kukus selama 15 minit dengan api yang besar
So inilah hasilnya. Nak yang berwarna cuma campur setitik 2 pewarna pada adunan.
Makan dengan kelapa parut memang sodap. Tapi dulu aku mmg suka makan ngan sambal bilis mak aku. Memang meletop. Menu minum petang kami selepas hujan lebat. Masing2 kekenyangan sampai malam. 




MINI GARDEN EN SUAMI

Cuti sekolah hari tu tak ke mana2 pun. Nak balik kampung jenguk Abah n Ma pun tak dapat sebab mertua aku tak sihat. Keluar masuk hospital je. Alhamdullilah bapa mertua aku pun dah sihat sikit. Kesian anak2 aku tak dapat ke mana2 pun. 2,3 hari jugak aku bawak g opis. Nak cuti, cuti dahlah tak banyak. So aku dan En Suami bergilir2 lah jaga anak. En Suami aku penat macam mana pun, dpt pegi nursery terus hilang penat dia. So misi kali ini adalah mencari pokok air, teratai dan seangkatan dengannya.
Aiman pun kalau dtg sini dah pandai nak pilih pokok juga. Dah minat pokok macam ayah pulak. Aku suka tgk je, nak menanam taklah. Dah tau aku tak minat tetap paksa aku ikut jugak. Sebab nanti aku jugak yg disuruh buat final decision.

Pokok yg dicari belum ada stok. Nak tak nak dah sampai beli jugak apa yg ada.

Satu set siap pasang dalam RM 900.00. Tapi En Suami pelanggan tetap kat sini..ofkoslah special price lagi. InsyaAllah next projek. Kumpul duit dulu.

Yg nie dah keboringan sama macam aku

Inilah yg di cari. Orkid Harimau tu dah 10 tahun tanam masih tak berbunga2. Ada petua tak?? Rumput tu pun gigih En Suami yg tanam masa mula2 pindah. Sebelah rumput carpert sebelah lagi cow grass. Bajet kurang masa tu. 

Tada...rumah baru

Rezeki kami..dah 2 kali pokok nie berbuah walaupun pokoknya kecik je. Time pungut hasil aku memang suka. Tapi bila En Suami suruh siram pokok aku hentak2 kaki.

Delima pun baru tanam dah berbuah. Risau dahan patah sebab masih kecik. Hari nie aku amik gambar buah ni, esok dah kena kebas sebijik. Dahlah yg paling besar orang tu amik.

Nie beli kat Cameron 2 tahun lepas. Dalam banyak2 benda Aiman boleh request nak beli bunga raya. En Suami layankan aje. Merah untuk Syira dan Kuning untuk Aiman.
Pokok Kurma pemberian seseorang. Entah berbuah ke tidak. Tunggu ajelah.



In action. Proses belit-membelit bonsai. 
A part of hasil kerja En Suami. Tapi bila nak bercuti or balik kampung dialah yang paling susah hati takut pokok mati. Terpaksalah minta tolong anak buah tolong siram. 

Wednesday, 22 October 2014

RAYA DI JPNS - PART 2

Entry yang dah berhabuk..tapi masih perlu dipublishkan sebab penat tau kumpul gambar2 yang cantik dari kawan2. Terasa agak kerugian sekiranya tidak dipublishkan. Rasa lapar balik bila melihat gambar2 makanan nie. Layanlah jelah sebab entry kali nie memang tak de citer. Ada gambar je.

Sesi potong-memotong utk Rojak Buah 'Sesuci Lebaran'


Aneka talam, kek, kuih-muih dan yg paling special Apam Johol
Amboi cantik sangat setting meja kali nie. Ala2 hotel gitu.


Red Velvet..paling cepat sold out

Eh..rasanya macam banyak je gambar Congo Bar nie. Ofkoslah air tangan Puan Blog.
Nie pun menjadi rebutan. Tokey Puding Karamel. Terbaik...


A part of Unit Kewangan
Ini bukan lakonan..ini betul2..

Tetamu mula datang seawal 9.00 pagi
Sedondon pulak





Steadylah Kak Awie
Sentiasa bersedia..pantang nampak kamera.




Alhamdulillah segala yang dirancang telah terlaksana dengan jayanya atas kerjasama dan sokongan semua pihak. Walaupun pun penat tapi bila tengok semua bergembira dan menikmati hidangan yang disediakan terus hilang segala penat. Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan segala kekurangan yang ada amatlah dikesali. InsyaAllah panjang umur, murah rezeki kita berjumpa lagi pada Syawal akan datang. InsyaAllah..