nuff

Thursday, 4 September 2014

WARNA-WARNI AIIDILFITRI 2014

Syawal dh abis baru nk masuk entry raya. Alhamdulilah diberi kesempatan untuk beraya tahun ini. Sejak Ma sakit, Aidilfitri dah rasa kurang serinya. Tapi kuatkan jugak semangat dan hati buat persiapan untuk anak2 dan yang paling penting dapat gembirakan hati Abah. Tahun nie tak beli bunga api dan mercun. Anak2 pun tak mintak cuma dia mintak ngan sepupu2 dia je. Jimat duit En Suami. 

Syira kalo dapat main bunga api. Dia punya excited tu lain macam. Dia boleh siap menyanyi2 lagu hari raya. Pastu sambung pulak lagu harijadi utk si Pussy Cat. Aku pulak yg risau takut rambut dia terbakar. Maklumlah kecik2 dulu tangan dh pernah terbakar kena bunga api.
 Budak yg dh tak sabar nk balik kampung. 
Sampai Kuantan, singgah ECM dulu. Lupa beli kasut anak2. Aiman tak kisah..dia cakap pakai selipar je pun boleh. Syira request nak boot. Amboi..overnya. Ni pun dia tak puashati sebab dia nak boot merah ada bulu2..tapi tak jumpa. Elok gak tak jumpa. Tak sanggup aku tengok dia pakai. Dalam tak kisah Aiman tu, sempat jugak dia pau kasut ngan Mak Cik dia. Sampai je terus kemas rumah. Bulan puasa aritu Ma masuk hospital. Lama jugak adik2 aku berkampung kat hospital. So, x sempat nak mengemas. Tak pe itu aku boleh settlekn..Kerahan tenaga lagilah nampaknya.
Langsir dah pasang. Vakum dah..mop pun sudah..Sofa je belum sampai. Hari mantai baru terhegeh2 cari sofa. Thank you tokey #sparklingskincare..sebab sponsor. Tapi puas jugaklah nak buang sofa lama sebab Abah aku nie semua benda dia sayang. Terpaksa menggunakan kuasa veto aku. Konsep aku mengemas senang je. Kemas2 buang. Ops..kat sini aku jugak nak amik kesempatan kepada pihak yang memberi sumbangan pada Ma sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Alhamdulillah..banyak sumbangan yg diterima. Semoga Allah SWT sahaja yg mampu membalas budi baik semua pihak.

Tengah hari nak mandi kolam dahlah puasa. So aku suruh budak berdua nie basuh lantai. Tuang sabun punyalah banyak. Last2 Atuk juga yg kena settlekan. Aku duk memantau dari dalam je. I penat mengemas tau..memanjat pasang langsir. Dahlah nak masak lagi...
Aktiviti malam raya
Syira keboringan sbb sepupu2 belum balik. Mak Cik pulak sibuk menolong Ibu kat dapur. So dengan sukarelanya menawarkan dii untuk membantu. Anak dara kena rajin ke dapur.
Tema raya tahun ni adalah BIRU lagi..Unplanned sebenarnya...tapi kalo dh suruh En Suami yg buat pilihan maka inilah kalernya. Sampaikan Syira siap berbisik ngan aku masa kat kedai..'Kitakan dh pernah pakai biru'..Redha jelah anak.. Bos merangkap tukang bayar dah buat pilihan..
 Ampun dan maaf atas segalanya Abah. Terima kasih atas kerana senantiasa ada di sisi Ma dalam apa jua keadaan. 
Bersalam pun nak cepat...sibuk tanya duit raya






 Bersemangat nak pergi raya pakai kasut baru
Tengah sentap..si adik duk ejek abang..
 Aiman sibuk nk pergi beraya. Ibu sibuk suruh bergambar. Geram aku tgk muka dia dalam gambar nie.

Tadi sibuk sgt nak pg beraya, pastu malu pulak sbb korum tak cukup.
Last2 salin baju duk berendam dalam kolam
Pakcik Udin ckp nak duit raya kena pakai baju raya. Cepat2 duk pakai balik baju raya. Pastu boleh pulak dia ikut budak2 yg dtg beraya kat rumah pg beraya. Amboi...betul2 nk buat collection anak2 aku. Last2 Atuk pg cari sbb risau anak2 aku tak reti balik rumah. Iyalah diaorg bukannya familiar sangat kawasan situ.

Kelaparan..balik beraya
Raya ke 2 semua cucu2 Atuk dah sampai. Malam raya pertama aku sakit2 badan. Raya ke 2 terus demam.
Nasib baik abang2 n kakak2 iparku dh sampai. Aku mmg dh tak larat nak ke dapur. Ingat balik beraya nak masak sedap2 utk Abah. InsyaAllah..lain kali ye Abah.