nuff

Friday, 5 September 2014

RESIPI CONGO BARS

Kali ni aku nak share resipi Congo Bars. Bahan2 yang diperlukan tak banyak mana pun. Tapi rasa dia mmg superb. Tak menyesal kalau cuba ok.


125g mentega
290 brown sugar
165g telur/3 biji telur gred A
300g tepung gandum
2 1/4 sudu kecil baking powder
270g chocolate chips  *aku pakai 250g je

1. Panaskan oven 170c. Pukul gula dan mentega.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Ayak tepung dan baking powder dlm  bekas lain. Pastu masukkan dalam adunan yg telah dipukul tadi. Dah sebati stop.
4. Masukkan coklat chips. Gaul pakai spatula je adik2. Aku tinggalkan sikit coklat chip tu utk tabur atas adunan.
5. Pastu bolehlah masukkan dlm loyang yg telah digris dengan mentega.
6. Tabur2 lebihan coklat chip atas adunan dan bakar selama 40 minit @ sehingga permukaan adunan 'lightly browned'.

Inilah hasilnya
 Yg nie aku bawak KHAS untuk jamuan hari raya Unit Akaun
Kelas  kau..CONGO BARS BALIK KAMPUNG

-SELAMAT MENCUBA-