nuff

Saturday, 20 September 2014

AKRAB JPNS & #SMILE FOR GAZA

Sempena menyahut seruan anti keganasan dan ketidakperikemanusiaan, atas dasar tanggungjawab terhadap sesama manusia AKRAB JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN telah melancarkan kempen Jualan Amal #Smile For Gaza sebagai suatu tanggungjawab sosial korporat dalam usaha membantu mangsa-mangsa yang teraniaya di Palestin.

Jualan Amal Siri 1 telah diadakan di Perkarangan  JPNS dan sambutan yang diterima amatlah mengalakkan baik dari segi jualan dan sumbangan. Di kesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih atas keprihatinan warga JPNS dan orang ramai yang turut membeli sambil menderma. 
Sebahagian barangan yang disumbangkan untuk jualan termasuklah pakaian, kasut, handbag dan toys.
Terima kasih juga buat ahli2 AKRAB JPNS yang turut sama menyumbangkan tenaga dan masa bagi memastikan kempen ini berjaya dilaksanakan.




Photo booth turut disediakan. Bergambar sambil menderma 

Jualan Amal Siri 2 pula telah diadakan di Kompleks Belia & Sukan Paroi sempena Karnival Sukan Warga Pendidik & Bank Simpanan Nasional. Terima kasih juga buat pihak BSN yg memberi peluang kepada AKRAB JPNS untuk membuka booth di sana.

Hujan dan ribut semasa proses mengemas booth. Alhamdulillah khemah AKRAB je yg kukuh dan teguh penangan dek kawan2 AKRAB yang gagah perkasa.

Orang ramai mula menyerbu booth kami sewal pagi. Alhamdulillah..

Ibu sibuk di booth..anak2 pulak pandai2lah bawak diri
Zoom in..pandai bawak diri. Abg dh jumpa geng terus taknak layan adik. Seronok Aiman dan Syira seharian berkampung kat kompleks. Selalu kalau bawak pergi sana aku mmg duk memantau je pergerakan diaorg. Kali nie aku duk sibuk bawah khemah, tau2 Aiman dah berapa kali pg mandi kat air pancut. Amboi..lepas geram nampak.
Sempat join sukaneka. Tak tau dapat hadiah apa sebab masa penyampaian hadiah aku dh balik. Terima kasih buat semua pihak yg terlibat semasa jualan amal tersebut. Alhamdulillah kutipan dan derma yang diterima amatlah membanggakan buat aku dan rakan2 AKRAB yang pertama kali terlibat dengan jualan amal tersebut. Kepuasan yang tak dapat digambarkan melalui kata2 dan lebih bernilai dari wang ringgit meskipun kepenatan. Semoga AKRAB JPNS akan lebih sukses lagi di masa akan datang dalam usaha untuk membantu diri sendiri dan mereka yg memerlukan bantuan. InsyaAllah..