nuff

Saturday, 20 September 2014

AKRAB JPNS & #SMILE FOR GAZA

Sempena menyahut seruan anti keganasan dan ketidakperikemanusiaan, atas dasar tanggungjawab terhadap sesama manusia AKRAB JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN telah melancarkan kempen Jualan Amal #Smile For Gaza sebagai suatu tanggungjawab sosial korporat dalam usaha membantu mangsa-mangsa yang teraniaya di Palestin.

Jualan Amal Siri 1 telah diadakan di Perkarangan  JPNS dan sambutan yang diterima amatlah mengalakkan baik dari segi jualan dan sumbangan. Di kesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih atas keprihatinan warga JPNS dan orang ramai yang turut membeli sambil menderma. 
Sebahagian barangan yang disumbangkan untuk jualan termasuklah pakaian, kasut, handbag dan toys.
Terima kasih juga buat ahli2 AKRAB JPNS yang turut sama menyumbangkan tenaga dan masa bagi memastikan kempen ini berjaya dilaksanakan.




Photo booth turut disediakan. Bergambar sambil menderma 

Jualan Amal Siri 2 pula telah diadakan di Kompleks Belia & Sukan Paroi sempena Karnival Sukan Warga Pendidik & Bank Simpanan Nasional. Terima kasih juga buat pihak BSN yg memberi peluang kepada AKRAB JPNS untuk membuka booth di sana.

Hujan dan ribut semasa proses mengemas booth. Alhamdulillah khemah AKRAB je yg kukuh dan teguh penangan dek kawan2 AKRAB yang gagah perkasa.

Orang ramai mula menyerbu booth kami sewal pagi. Alhamdulillah..

Ibu sibuk di booth..anak2 pulak pandai2lah bawak diri
Zoom in..pandai bawak diri. Abg dh jumpa geng terus taknak layan adik. Seronok Aiman dan Syira seharian berkampung kat kompleks. Selalu kalau bawak pergi sana aku mmg duk memantau je pergerakan diaorg. Kali nie aku duk sibuk bawah khemah, tau2 Aiman dah berapa kali pg mandi kat air pancut. Amboi..lepas geram nampak.
Sempat join sukaneka. Tak tau dapat hadiah apa sebab masa penyampaian hadiah aku dh balik. Terima kasih buat semua pihak yg terlibat semasa jualan amal tersebut. Alhamdulillah kutipan dan derma yang diterima amatlah membanggakan buat aku dan rakan2 AKRAB yang pertama kali terlibat dengan jualan amal tersebut. Kepuasan yang tak dapat digambarkan melalui kata2 dan lebih bernilai dari wang ringgit meskipun kepenatan. Semoga AKRAB JPNS akan lebih sukses lagi di masa akan datang dalam usaha untuk membantu diri sendiri dan mereka yg memerlukan bantuan. InsyaAllah..

Thursday, 11 September 2014

RAYA DI JPNS - PART 1

Ini namanya entry basi, sbb baru nk upload. Tapi nak post jugak sebab gambar lawa2. Lagi pun masing2 sibuk nak bergambar memandangkan Izan baru beli monopod. Amboi...jenuh bermonopod. Tapi bila org duk sibuk bergambar, aku sibuk pg amik anak kt sekolah. Makanan mmg banyak sangat, tapi tak sempat nak snap. So layan ajelah gambar2 raya di JPNS bagi tahun 2014. 
Biskut2 & kuih raya

Puding Aneka Warna..rasa tak tau sebab tak sempat makan. Comel sangat..tgk2 dh abis
Laksa Johor..tak sempat makan jugak sbb dh kenyang
Nie mmg popular kat Seremban. Cendol Songkok Tinggi
Penangan Monopod

Tembamnya Pn Blog
Keseronokan melihat gerai2 yang dihias cantik semasa Sambutan Raya JPNS, membuatkan aku dan member2 bersemangat nak hias opis kitaorg yg sempat dan padat nie. Setahun sekali kasi nampak cantik sikit untuk jamuan unit. Lepas ni semak balik ngan baucar2. Dah macam nak buat kenduri-kendara pulak.  
Abg Fauzi yg dipaksa untuk membantu
Sengih memanjang jee..
Mentor n mentee
Kerja berpasukan
First deko
Final Deko
Akhirnya

TQ semua atas kerjasama yg diberikan..
A Part Of Unit Akaun. Masing2 dh kepenatan, tapi senyum tetap senyum..Gambar Jamuan Raya Unit Akaun next entry ye. As soon bergantung pd mood.

Friday, 5 September 2014

RESIPI CONGO BARS

Kali ni aku nak share resipi Congo Bars. Bahan2 yang diperlukan tak banyak mana pun. Tapi rasa dia mmg superb. Tak menyesal kalau cuba ok.


125g mentega
290 brown sugar
165g telur/3 biji telur gred A
300g tepung gandum
2 1/4 sudu kecil baking powder
270g chocolate chips  *aku pakai 250g je

1. Panaskan oven 170c. Pukul gula dan mentega.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Ayak tepung dan baking powder dlm  bekas lain. Pastu masukkan dalam adunan yg telah dipukul tadi. Dah sebati stop.
4. Masukkan coklat chips. Gaul pakai spatula je adik2. Aku tinggalkan sikit coklat chip tu utk tabur atas adunan.
5. Pastu bolehlah masukkan dlm loyang yg telah digris dengan mentega.
6. Tabur2 lebihan coklat chip atas adunan dan bakar selama 40 minit @ sehingga permukaan adunan 'lightly browned'.

Inilah hasilnya
 Yg nie aku bawak KHAS untuk jamuan hari raya Unit Akaun
Kelas  kau..CONGO BARS BALIK KAMPUNG

-SELAMAT MENCUBA-

Thursday, 4 September 2014

WARNA-WARNI AIIDILFITRI 2014

Syawal dh abis baru nk masuk entry raya. Alhamdulilah diberi kesempatan untuk beraya tahun ini. Sejak Ma sakit, Aidilfitri dah rasa kurang serinya. Tapi kuatkan jugak semangat dan hati buat persiapan untuk anak2 dan yang paling penting dapat gembirakan hati Abah. Tahun nie tak beli bunga api dan mercun. Anak2 pun tak mintak cuma dia mintak ngan sepupu2 dia je. Jimat duit En Suami. 

Syira kalo dapat main bunga api. Dia punya excited tu lain macam. Dia boleh siap menyanyi2 lagu hari raya. Pastu sambung pulak lagu harijadi utk si Pussy Cat. Aku pulak yg risau takut rambut dia terbakar. Maklumlah kecik2 dulu tangan dh pernah terbakar kena bunga api.
 Budak yg dh tak sabar nk balik kampung. 
Sampai Kuantan, singgah ECM dulu. Lupa beli kasut anak2. Aiman tak kisah..dia cakap pakai selipar je pun boleh. Syira request nak boot. Amboi..overnya. Ni pun dia tak puashati sebab dia nak boot merah ada bulu2..tapi tak jumpa. Elok gak tak jumpa. Tak sanggup aku tengok dia pakai. Dalam tak kisah Aiman tu, sempat jugak dia pau kasut ngan Mak Cik dia. Sampai je terus kemas rumah. Bulan puasa aritu Ma masuk hospital. Lama jugak adik2 aku berkampung kat hospital. So, x sempat nak mengemas. Tak pe itu aku boleh settlekn..Kerahan tenaga lagilah nampaknya.
Langsir dah pasang. Vakum dah..mop pun sudah..Sofa je belum sampai. Hari mantai baru terhegeh2 cari sofa. Thank you tokey #sparklingskincare..sebab sponsor. Tapi puas jugaklah nak buang sofa lama sebab Abah aku nie semua benda dia sayang. Terpaksa menggunakan kuasa veto aku. Konsep aku mengemas senang je. Kemas2 buang. Ops..kat sini aku jugak nak amik kesempatan kepada pihak yang memberi sumbangan pada Ma sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Alhamdulillah..banyak sumbangan yg diterima. Semoga Allah SWT sahaja yg mampu membalas budi baik semua pihak.

Tengah hari nak mandi kolam dahlah puasa. So aku suruh budak berdua nie basuh lantai. Tuang sabun punyalah banyak. Last2 Atuk juga yg kena settlekan. Aku duk memantau dari dalam je. I penat mengemas tau..memanjat pasang langsir. Dahlah nak masak lagi...
Aktiviti malam raya
Syira keboringan sbb sepupu2 belum balik. Mak Cik pulak sibuk menolong Ibu kat dapur. So dengan sukarelanya menawarkan dii untuk membantu. Anak dara kena rajin ke dapur.
Tema raya tahun ni adalah BIRU lagi..Unplanned sebenarnya...tapi kalo dh suruh En Suami yg buat pilihan maka inilah kalernya. Sampaikan Syira siap berbisik ngan aku masa kat kedai..'Kitakan dh pernah pakai biru'..Redha jelah anak.. Bos merangkap tukang bayar dah buat pilihan..
 Ampun dan maaf atas segalanya Abah. Terima kasih atas kerana senantiasa ada di sisi Ma dalam apa jua keadaan. 
Bersalam pun nak cepat...sibuk tanya duit raya






 Bersemangat nak pergi raya pakai kasut baru
Tengah sentap..si adik duk ejek abang..
 Aiman sibuk nk pergi beraya. Ibu sibuk suruh bergambar. Geram aku tgk muka dia dalam gambar nie.

Tadi sibuk sgt nak pg beraya, pastu malu pulak sbb korum tak cukup.
Last2 salin baju duk berendam dalam kolam
Pakcik Udin ckp nak duit raya kena pakai baju raya. Cepat2 duk pakai balik baju raya. Pastu boleh pulak dia ikut budak2 yg dtg beraya kat rumah pg beraya. Amboi...betul2 nk buat collection anak2 aku. Last2 Atuk pg cari sbb risau anak2 aku tak reti balik rumah. Iyalah diaorg bukannya familiar sangat kawasan situ.

Kelaparan..balik beraya
Raya ke 2 semua cucu2 Atuk dah sampai. Malam raya pertama aku sakit2 badan. Raya ke 2 terus demam.
Nasib baik abang2 n kakak2 iparku dh sampai. Aku mmg dh tak larat nak ke dapur. Ingat balik beraya nak masak sedap2 utk Abah. InsyaAllah..lain kali ye Abah.