nuff

Tuesday, 3 June 2014

WEEKEND & HARI KANTIN SK KGV

Ni aktiviti last2 weekend. Hari Ahad bawak anak2 pergi sekolah, ada hari kantin. Ikutkan hati malas je nak pergi. Sebab dah boleh bayangkan apa yg ada ditambah dengan cuaca panas sekarang nie. Tapi kesian pulak kat anak2, dh berminggu duk cerita pasal hari kantin nie. Lagipun dh beli pun kupon, membazir pulak kan.

Aku dh warning awal2, jgn nak suruh ibu teman masuk rumah hantu lagi. 2 tahun lepas aku dh mengamuk kat situ. Iyalah dahlah beratur sepanjang2 barisan. Dah lama  beratur pun  tak berganjak ke depan. Last2 aku pergi depan nak tgk apa yg terjadi kt depan. Rupa2nya ada parents yg duk selit anak2 dia kt celah barisan. Hooii..angin betul aku...terus aku soundlah parents tu. Bengang pulak aku...ko ye pun ko sayang kat anak kau janganlah ko aniaya budak2 lain kan. Org lain boleh je beratur..terkulat2 org tu kena sound dengan aku. Aku nie bukannya jenis yg cepat melenting..tapi bila org buat cam tu kat anak2 aku..otomatik temperature aku naik..Ha..ha..padan muka kau..
So, hari tu aku pasang strategi..uihh..macam dahsyat jek bunyinya. Aku suruh anak2 aku main dulu game yang lain. Bila org dh tak ramai baru masuk rumah hantu. Kalo korang perasan belakang Syira tu budak2 duk beratur tengah tunggu turn nak masuk rumah hantu. Aiman dh jumpa kawan terus lupa kat adik.
Aku tgh duk usha barisan. Agak2 dah tak ramai..iya2 aku pg belari..tlg book tempat untuk anak2. Tapi tahun ni aku nampak oklah sikit. Makanan pun banyak yg dijual. Cuma aku tak puas hati sbb ada game2 nielah. Mahal macam funfair gak, satu game RM3.00. Bukan kena sewa tapak pun mahal jugak ke cikgu. Super duper ni pun anak aku main sekejap je..tak tahan panas katanya.


Iya2 duk citer, tahun depan adik taknak masuk lagi rumah hantu. Seram...iyalah tu. Adik masuk tu tak bukak mata pun, nyorok dan peluk abang je..Cepat2 suruh anak habiskan kupon, nak balik dh kepenatan.
Balik2 En Suami request sup ikan merah. Pergi hari kantin tak beli makanan pun.
Petang tu baru je nak rilek2 nak minum ptg kt luar ngan Pussy..tiba2 dengar Syira menangis. Jatuh basikal duk kejar abang. Aku mmg dh lama perhatikan dia kalo bawak basikal mmg tak pernah slow. Dah selalu membebel..tulah tak dengar cakap ibu lagi. Lesson for today dik....kesakitan itu akan menjadikan kita lebih kua, tabah dan berhati2 di masa hadapan..Macam Aiman dulu, naik2 basikal kat luar, tetiba aku dengar ada org menjerit...'tolong..tolong'. Rupa2nya dia dh masuk dlm longkang besar ngan basikal sekali. Tergelak aku dibuatnya..Jiran sebelah yg duk beria selamatkan anak aku..Aku duk gelak dulu. Aiman memang macam tu...dia jenis tak tahan sakit. Tu yg masa nak bersunat tu dekat 20 kali duk ulang masuk bilik air. Nervous la tu..
Alolo...siannya..last2 ibu yg kena mandikan, pakaikan baju, suapkan makanan. Luka sikit je drama je lebih. Nama je anak dara..tapi dia punya lasak ya ampun...Dah tak cantik berparut sana sini. Takpe dik...janji hati cantik..