nuff

Sunday, 29 June 2014

RANDOM - AKTIVITI OPIS

Lama betul rasanya tak update blog. Busy sikit dengan kerja2 kt opis, berkursuslah..sampai2 rumah settlekan hal rumah & anak2 je. Tak sempat nak jenguk2 blog. Ini pun semua gambar2 dh lama so kita cuci mata jelah.

Majlis Penyampaian Sijil Audit Sekolah Terbaik & Sangat Baik. Jadi AJK Sambutan jee. Janji ada makan no hal lah..  



Jamuan meraikan pertukaran member2 opis yang telah bertukar iaitu En Norhafizan dan En Jasmee serta my bos Pn Shazlina yang naik pangkat dan akan bertukar ke Kementerian Pendidikan. Jamuan diadakan di Restoran Oriental, Seremban 2. Rasanya dah banyak kali duk dengar citer pasal restoran nie, baru ada kesempatan nak pergi. Makanan dia ok..not bad.






Majlis Penyampaian APC Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan diadakan Di Kompleks Belia & Sukan, Paroi. Tapi aku bukan penerima anugerah, jadi AJK Sambutan jugak. Asik jadi ajk sambutan je padahal PR tak bagus mana pun. 
 Sebahagian AJK Majlis bersama Ketua Sektor


 Tahniah Khaty. Semoga lebih cemerlang di masa akan datang.
 Amik aura penerima APC, kot2 ada rezeki esok..


Sempat lagi bergambar kat opis. Petang ada buat minum2 petang sempena Ramadhan yang bakal menjelang. No pic sebab dah penat bergambar sesi pagi. Alhamdulillah..masih diberikan kesempatan olehNYA untuk menunaikan Rukun Islam yang ke 3 kali ini. Marilah sama2 melipat gandakan amal ibadah kita di bulan yang mulia ini. InsyaAllah..