nuff

Sunday, 8 June 2014

HOBI & CITA-CITA

Masa kecik2 dulu bila org tanya cita2 bila besar nanti, cepat2 jawab nak jadi cikgu. Masa sekolah2 rendah dulu itulah pun jawapan yang popular..cikgu, polis, doktor, tentera dan bomba. Takde pun yg cakap nak jadi akauntan ke, jurukur ke, artis ke. Sekurang2nya aku pernahlah merasa menjadi cikgu nie walaupun utk ke 3 hari. Kena mengajar budak2 form 1, sekolah St Thomas pulak tu yg mmg semuanya lelaki. Tak sanggup rasanya, aku pun diaorg duk ngorat. Amboi...Aku sangat respek org2 yg jadi cikgu nie. Nak jadi cikgu nie kena mental kuat. Nak2 dengan keadaan sekarang. Budak2 sekarang mmg sangat advance..ditambah pulak dengan mak bapak sekarang yg aku rasa terlampau manjakan anak2. Anak2 buat salah pun cikgu jugak yang dipersalahkan.


Dulu masa Aiman kecik dia cukup minat dengan Sains. Terpengaruh dengan citer kt Astro Cerialah. Bila kat tv tu duk citer pasal cacing, nanti ptg dia main kat luar dia korek tanah cari cacing. Kesian anak aku cacing pun tak kenal. Asik nak buat eksperimen je. Tu yg dia cakap nak jadi saintis tu. Kadang2 aku geram jugak..semua benda dia nak kaji. Sampai jam tangan yg elok pun dia boleh buka2..last benda tu rosak. Pandai pulak dia sorok. Apalagi kalo mainan2 nie..semua benda nak di repair. Kot repair elok takpe..tu yg aku angin je.


Actually aku tak kisah pun anak aku nak jadi apa besar nanti. Cuma sebagai ibu tentulah aku nak yang terbaik untuk anak2 aku. Bukannya untuk aku tapi untuk kehidupan dia di masa akan datang. Syira pulak cakap nanti besar dia nak jadi doktor haiwan. Hu..hu..knp doktor haiwan dik. Lama2 tukar pulak, nak jadi doktor biasa je..nanti senang boleh rawat ibu. En Suami pula nak Aiman jadi jurukur macam dia jugak. Motif...aku pun tak tahulah..cuma yg dia cakap semua benda yang nak buat dalam dunia ni kena ukur dulu. Dah mati pun kena ukur. Mendalam betul maksudnya tu bang. Nak kahwin pun kena ukur...ukur baju di badan sendiri. Tengok kemampuan diri sendiri. Aku pun tak sure  Aiman faham ke tak. Berkias2 pulak En Suami nie. Tapi Aiman cepat2 jawab dia nak jadi pemain badminton macam Dato' Lee Chong Wei. Dato' Lee Chong Wei pun kaya jugak..main badminton je. Yg nak buat aku tergelak bila Syira pulak yg menyampuk...'Main badminton tu bukan cita2 abang..tapi hobi..'..Amboi  pandai je menjawab ye dik.
Lee Chong Wei junior
Yg si kecik ni drama je lebih

Ini pulak hobi aku. Masak, makan & bersantai sambil tengok anak2 & suami membakar kalori. Pastu bila badan bagai di pam2 baru sibuk nak berdiet bagai. Sendiri cari masalah.