nuff

Saturday, 7 June 2014

GENG LORONG SEKILAU 32 - ALONG

Macam dahsyat jek bunyinya..tapi itulah hakikatnya. Firstly a lot of thanks and a big hugh utk Along yang mewujudkan wassap group ni dan berjaya menyatukan balik 8 orang yg telah terpisah nie. Bukannya terpisah terus pun masih lagi contact kt FB..tapi tak semua ada kat FB. Selalu aku bising kat En Suami sebab hp dia yg asik berbunyi. Tapi sekarang hp aku pun sama, barulah fairkan. Tapi kadang2 aku perasan dia jeling2 jugak. Hint la tu..dont worry sayang, i cintakan u je. Janganlah diragui kesetiaanku. Chewah..

Actually bila dh lama tak contact nie..tau2lah macam mana kan. Berdesap-desup wassap masuk. Nak2 bila diungkit balik citer2 lama. Tersenyum..tergelak sorang2 dibuatnya.
Muka masing2 sesuci embun pagi. Tunggu bas poli datang masa ni.

Dulu masa study kat POLISAS kitaorg duk menyewa kt lorong nie kat area Jln Hj Ahmad. Aku pun dh dekat2 nak 2 bulan nak abis sem 4 baru duk situ. Kalo tak aku dtg kejap2 je. Mak aku tak bagi aku duk ngan kawan2..takut aku merayap la tu. Puas bodek2 baru dapat..dr sem 1 aku rasa susah sebab kawan2 semua duk hostel. Bila ada assignment diaorang boleh diskus, aku nak diskus ngan sape kan. Memang rasa susahlah jugak..pagi2 abah hantar pergi kelas. Bab balik yg boring sbb kena balik sorang2. Dahlah 2 bas aku kena naik. Susah tak susah..habis jugak aku study. Dan result aku 3.5 ke atas masa duk rumah, tapi bila duk ngan kawan2...he..he..sendiri mau ingatlah. 

From left Mar, Iera, Aku, Achieck, Ella, Along, Emi and Sham. Nak menangis aku tengok balik gambar masa nie. Slim betul..Tunggu bas pun sempat amik gambar lagi. Ni semua penangan Alonglah..gomar bona bergambar. Masa mula2 kenal aku rasa pelik gak ngan hobi dia. Last2 satu rumah terjebak ngan hobi bergambar. Suka bergambar...nasib baik dulu takde selfie2 nie. Kalo tak, tak tahulah...Dialah org yg aku mula2 kenal masa kt Poli dulu. Masuk2 kelas SPK seat sebelah dia je yg kosong. So, aku duklah sebelah dia. Lama2 kitaorg jadi sangat kamcing. Pernah sekali masa aku sakit perut...aku masuk tandas lelaki kat dewan. Mengelabah betul muka dia...aku mmg tak boleh lupa. Masa tu mmg darurat sangat. Blok kt kelas mmg takde air pulak masa tu, perut memulas2. Tandas perempuan kat dewan dikunci pulak, aku tawakal je masuk tandas lelaki. Actually banyak sangat kenangan aku ngan dia, yg tak mampu aku nak luahkan kat sini. 


Dulu masa mula2 masuk poli, asas akaun debit kredit pun dia tak tau. Tapi sapa boleh sangka..sekarang dia dh ada company sendiri. Intan Accounting & Secretarial Service kat Kota Bharu. Tahniah Along.... Tapi Along masih macam dulu...tetap periang, ceria, penyayang, concern, humble..Dulu aku selalu jeles bila Along baik ngan org lain..tapi lama2 aku redha sebab dia mmg mudah mesra dgn org & personaliti dia buat semua org sayang kat dia. Luv u so much Along @ Intan Suhaila Razali..
Semoga Intan Accounting & Secretarial Services bertambah kukuh, teguh dan berkembang maju di masa akan datang. In Shaa Allah.
This is the most sweet moment. Dia senantiasa ada untuk aku bila aku memerlukannya ketika aku gembira dan berduka. Aku takkan ada sahabat sebaik Along dan tak ada siapa yg layak untuk mengambil tempatnya di hati aku.
Angah doakan yang terbaik untuk Along. Semoga Along dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, bisnes bertambah maju dan berbahagia selalu disamping suami tercinta serta anak2.....Amin..