nuff

Sunday, 15 June 2014

11th BIRTHDAY


Buah cinta Ibu dan Ayah..Muhammad Zarif Aiman Bin Saharudin. Alhamdulillah hari ini genap 11 tahun usia Aiman.  Yang Terpuji, Yang Periang dan Bertuah. Kehadiran Aiman melengkapkan, mewarnai dan memeriahkan syurga cinta Ibu & Ayah. Actually kehadirannya tidak diduga namun amat dinantikan oleh Ibu & Ayah. Selama mengandungkan Aiman, alhamdulillah semuanya baik2 je. Cuma tiap2 hari balik kerja Ibu mesti singgah beli pisang goreng. Mengidam pun takde yang pelik2, terima kasih sebab faham ngan keadaan Ibu & Ayah masa tu. Selama mengandungkan Aiman pun, Ibu berulang-alik pergi kerja naik motor je. Sampai 1 tahap Ibu susah nak berjalan sebab Aiman dah turun sangat. Mungkin sebab terhentak2 masa naik motor. 

Masa 5, 6 bulan mengandungkan Aiman, Mak Teh bgtau ada taman baru bukak kat area Senawang. Ayah on the spot terus ajak Ibu pergi sana. Pilih2 lot terus setuju je nak beli. Balik2 rumah, Ayah termenung jap. Iyalah masa tu gaji Ayah berapalah sangat. Nanti bila rumah dah siap, dh separuh nak kena bayar duit rumah. Ibu pujuk2 Ayah, takpe nanti adalah rezeki anak kita. InsyaAllah....Masa tu pulak Ayah dapat tau ada interview untuk Pembantu Teknik Ukur. Last interview pastu mungkin ambil masa yg lama utuk bukak balik untuk post tu. Tapi nama Ayah tak tersenarai, ada masalah sikit dengan SPA8 yang Ayah isi. Tapi Ayah tak putus asa, Ayah ajak 2,3 org kawan yg layak untuk sama2 mohon. Berbaloi usaha Ayah turun naik Ibu Pejabat KL dan ke JPA. Akhirnya Ayah tersenarai utk interview, itupun Ayah dh cukup gembira. Berkat usaha dan keyakinan Ayah, alhamdulillah Ayah berjaya dalam interview. Alhamdulillah..rezeki Aiman.

2 minggu sebelum due, Ibu dapat surat interview kerja kerajaan. Happy sangat, tapi takut jugak tak dapat pergi sebab masa tu dah due rasanya. Lepas tu Ibu cakap2 ngan Aiman, keluarlah awal sebab Ibu nak pergi interview. Aiman dengar cakap Ibu, malam tu terus Ibu warded sebab air ketuban dah pecah. 2 hari di hospital, Aiman belum nak keluar lagi. Kesian Ayah, 2 hari jugak dia berkampung kat hospital. Ayah tak sampai hati nak tinggalkan Ibu. 2 hari jugak Ayah tidur kat kaki lima & tangga hospital. Kadang2 bila dh Subuh, Ayah terjenguk2 tengok Ibu, sampai Ayah kena marah dengan nurse. Tapi Ayah tersenyum je. Org cakap bersalin anak pertama memang susah. Itulah yg Ibu rasa, tapi bila Ayah ada kat sebelah Ibu jadi kuat. Ayah pun terpaksa berperang dengan perasaan sendiri, sebab Ayah fobia dengan darah. Tapi Ayah lawan perasaan Ayah itu untuk Ibu.
Alhamdulillah dengan izinNYA, pada 14 Jun 2003 Aiman selamat dilahirkan tepat 6.19 petang. Ibu mintak maaf sebab Aiman terpaksa divakum, Ibu dah takde kekuatan lagi selepas bertarung dengan kesakitan. Ayah sangat gembira dan mata Ayah berkaca2. Itulah dia tangisan syukur dan gembira Ayah. Walaupun kadang2 Ayah marah Aiman, percayalah Ayah sangat menyayangi Aiman. Aiman anak lelaki Ayah, tempat Ayah sandarkan amanah, tanggungjawab dan kepercayaan untuk menjaga & melindungi Ibu dan adik2. Rezeki Aiman jugak,  akhirnya Ibu berjaya dalam interview. Terima kasih Aiman, sesungguhnya kehadiran Aiman membawa 1001 rahmat kepada Ibu & Ayah. Kehadiran Aiman mematangkan Ibu & Ayah dalam melayari bahtera rumahtangga ini.

Selamat Ulangtahun yang ke 11 buat Aiman. Semoga Aiman sihat, gembira dan berjaya di dunia & akhirat. Semoga Allah merahmati kehidupanmu dan dikurniakan  kebahagian yang berpanjangan. Ibu & Ayah love u so much...