nuff

Wednesday, 21 May 2014

WEEKEND & 60th BESDAY MAK

Aktiviti weekend biasa2 je. Anak2 aku sebelum abis periksa lagi dah plan ngan sepupu2 dia. Dahlah buat plan tanpa izin aku. Mintak izin ngan ayah je sebab ngan ayah semuanya boleh. Bukan plan apa pun, diaorg berpakat nak tido umah aku je. Anak2 buah aku mmg dari dulu camtu..dari 1st batch sampai sekarang 2nd batch. Rumah Pak Lang sentiasa menjadi pilihan utk diaorg berjimba. 1st batch dh tak heran nak tido umah Pak Lang sebab masing2 dh besar. Ada yg dh keje..yg dh sek menengah. Yg 2nd batch nie..yg kecik2..dhlah kat sekolah jumpa, mengaji sama, duduk umah nenek pun ari2 dari Isnin smpai Jumaat. Tak jemu2..
Macam nie keadaan kt umah Mak kalo hari bekerja. Riuh-rendah dengan cucu2..
Ari Jumaat haritu besday mak mertua aku..16 Mei 2014. Tak sempat pun nak buat makan2 istimewa sikit sebab terkejar2 anak nak tuisyen malam. So, semuanya Along yg uruskan. Tak sempat pun nak amik gambar sebab sibuk buat air, dengar2 cucu2 dh beria2 nyanyi utk nenek. Apa taknya, dari kul 5.00 ptg duk tunggu Mak Long, kul 6.30 baru sampai.  Mak mertua aku ni sentiasa positif orgnya walaupun macam2 org kata dan buat pada dia. Dia punya tahap kesabaran tu mmg super powerlah sangat. En Suami pernah citer dulu masa dia tadika..ada sorang makcik nie siap dtg marah Mak kat rumah. Sebab dia cakap En Suami pukul anak dia kat sekolah tadika. Mak cakap kat  En Suami sabar jelah, biar org buat kat kita. Esok tu cikgu tahan En Suami balik lambat sikit, balik sekali ngan cikgu. Makcik tu dtg marah lagi, tapi cikgu backing En Suami sebab dia cakap benda tu tak berlaku sebab smlm En Suami  balik ngan cikgu. Rupa2nya anak makcik tu yg taknak sekolah, dia buat alasan je En Suami pukul dia. 

Selamat Hari Lahir MAK yang ke 60 tahun. Semoga Mak dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa gembira.

6 tahun yg lepas Mak disahkan ada kanser usus stage 1. Tapi semangat Mak kuat, alhamdulillah selepas pembedahan aku nampak kesihatan Mak makin baik. Mak pun sangat berdisiplin bab2 makan ubat2 nie..makan pun dia jaga. Alhamdulillah sepanjang 10 tahun nie, dia layan aku dengan sangat baik. Tapi mak mertua aku nie jenis pemalu dan pendiam sikit. Kadang2 bila bawak Mak pergi beli barang, puas En Suami cakap amiklah apa yg Mak nak. Tapi dia takkan amik. Segan ngan aku kot. Tu yg kadang2 aku buat2 pergi cari barang2 kat tempat lain. Kalo tak sampai kesudah dia tak amik apa2. Takpe Mak, menantu mak nie tak kisah. Lagipun En Suami pun tak berkira bila berbelanja untuk famili aku.

Hari Sabtu duk umah je. Anak2 aku ngan sepupu2 celik mata je dah mengadap PS2. Maka kedengaranlah suara bebelan dari aku. Aku ni rimas sikit bila tgk benda bersepah2. Nak main game kena ikut syarat Mak Lang. Mandi, kemas bilik, sarapan baru boleh main. Amik kau...banyak tul syaratnya. Tulah aktiviti budak2 tu 2 hari kat rumah aku. Sampai bergaduh2 sebab berebut ngan main game. Aku pun penat dh macam bibik rasanya. Kerja aku asik memasak je.

Inilah kerjanya...menghabiskan selotape je. Running Man versi Cucu Isa. Selalu Aiman ngan Syira  main berdua pun bergaduh, inikan pulak 5  orang. Riuh-rendah dibuatnya.
 Homemade Apam Balik
Dah ramai2 nie, masak apa pun habis. Seronok pulak makan berebut2 nie. Cik Nadia, saya sudah berjaya membuatnya. He..he..