nuff

Saturday, 17 May 2014

SURPRISE & SOUVENIER

Weekwend je yang dapat  menyusun, menyelongkar dan mengemas kat rumah nie. Kalo weekdays, dapat memasak dan membasuh kain pun dah alhamdulillah. Kalo rajin sikit dptlah melipat kain baju..tapi amik masa pula nak menyusun dalam almari masing2. Kadang2 rasa macam tak cukup masa sangat... rasa cam masa pendek sangat. Nak belek buku anak pun tak sempat. Semua benda nak buat..tapi walau sibuk macam mana pun, aku akan tetap capai penyapu dan mop hari2. Rasa lain macam kalo tak dapat menyapu dan mengemop rumah. 

Tengah mengemas tetiba terjumpa kad nie. Kad raya ni rasanya dah 3,4 tahun kot dalam simpanan. Sebenarnya kad raya nie Hubby beli kat Sogo sebab nak bagi kat aku. Masa tu pg soping baju rayalah En Suami. Selalunya kalo pg sana, kitaorg berpecah pg cari barang masing2.  Sekali aku mengemas beg yg kitaorg bawak tu terjumpa kad nie. Terus tersentap En Suami nak bagi kad kat aku. Terus tak jadi bagi sebab dah tak surprise. Sejak kitaorg kawin, memang tiap tahun aku bagi kad raya kat En Suami...En Suami bagi kad kat aku..Ha..ha...duduk satu rumah pun nak bagi kad ke..Tapi biasanya aku tak bagi sendiri. Kadang2 aku pos kat ofis En Suami. Kadang2 En Suami pulak masukkan dalam peti surat kat umah. So bila balik kerja konon2nya terkejutlah ada surat dalam peti surat. Amboi sweetlah sangat kan.
Kebaya??? Hint suruh isteri kuruskan badan ke bang!!

Abis tu nak feeling2 ngan siapa lagi kalo bukan ngan suami sendiri kan. Masa bercinta lagikan boleh buat inikan pulak dah kahwin. Dalam perhubungan, kita mesti kreatif...cipta sebanyak boleh kenangan bersama suami. Tak semestinya tunggu besday, anniversary  je nak belikan hadiah nak tunjukkan kasih sayang kita. Dan tak semestinya kena belikan something baru suami ingat kat kita. Macam aku..kadang2 aku buat notes kecik romantik2 gitu letak dalam poket baju ke, walet ke. Make it simple and sweet. Dan yang paling penting jangan malu nak cakap ..that you love him..kot malu sangat..sms boleh...wassap pun boleh..Cer kalo korang, tgh sibuk2 buat kerja, sekali suami msg benda2 sweet camtu, mau tak berbunga2 hati tu kan. Pandai sangat nak kasi tips konon...

Kadang2 En Suami selalu nak buat surprise..tapi kadang2 tak jadi. Pernah dia belikan aku perfume, konon2nya nak hadiahkan kat aku sempena besday. Tapi boleh pulak resit dia letak merata2. Pastu dia boleh simpan pulak hadiah tu dalam poket baju yg ada dalam almari. Dah tentulah aku yg mengemas baju dia, so aku terjumpalah hadiah tu. Tapi aku tak ambiklah.  Dia terlupa kot yg isterinya dia nie rajin mengemas dan menyelongkar. So bila tiba harinya, aku buat2lah surprise dpt hadiah tu. Tapi aku rasa En Suami serik kot nak belikan hadiah tuk aku, sebab aku nie cerewet. So dah takde istilah surprise lagilah untuk aku sejak kes perfume tu. Sekarang nie bila dia nk hadiahkan aku apa2 dia mesti cakap..nak belikan aku jam..pilihlah sendiri. Bajet dia dalam RM300. Sabar jelah bang dengan isterimu ini.

Macam bulan lepas dia belikan jam untuk Syira siap berbalut lagi. Tapi bila aku dapat tau harga jam tu..terus aku bebel2kn dia. Iyalah budak lagi, buat apalah belikan jam mahal2. Beli yang RM10 pun anak dah suka..janji dia dapat jam. Sebenarnya aku rasa En Suami nie  ketagih beli jam kot. Kalo tak takkan sepanjang aku kenal ngan dia..dah 5 jam dia hadiahkan kat aku..Ha..ha..matikla kutuk laki sendiri. Takpe..next besday i belikan u jam ye bang. Koleksi jam En Suami dah kurang. 1 dh bagi Aiman, 1 lagi dh kena curi kat masjid. Org pergi masjid nak buat ibadat, boleh pulak ada yg mencuri. Kenalah aku menabung dari sekarang, sebab aku tau taste dia macam mana. #silamenabungjanganborossangat#

Rambut serabai..baru bangun tido

Thank you Ayah..

 

Agak2 boleh jadi model jam tak??

Thanks juga to my biras for the souvenier. Takdelah berebut ngan Aiman lagi nak pakai powerbank. Yg paling best dapat international charger/travel adapter. Persediaan untuk next trip vacation. InsyaAllah..
Thanks to pakcik Udin aka Tokey Sparkling Skincare for the souvenier from Bangkok. More details about skincare tu boleh terjah insta @loveandandcherry_territory. Sekarang dah berjinak2 pulak mendesign baju untuk pengantin. Dia mmg ada bakat dari dulu lagi. Mak aku selalu marah sebab suka beno duk godek mesin jahit smpai patah2 jarum mesin tu. Jap2 dia kecikkan suar..jap2 repair baju. Untunglah anak2 aku..suruh pakcik dia sponsor je nanti. Gambar ni aku amik insta dia..he..he..Bolehla tlg wat dress ala-ala Pricess Elsa untuk Syira nanti.