nuff

Sunday, 11 May 2014

my SYURGA & my KUNCI PINTU SYURGA

Hari nie kat fb , kat ig semua org duk update status pasal hari ibu. Tapi pada aku hari nie jugak merupakan hari yang sangat istimewa. 11 Mei 1948...Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke 66 tahun buat ABAH. Aku senantiasa mendoakan agar Abah dikurniakan kesihatan yg baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki...pendek kata aku senantiasa mendoakan yg terbaik untuk Abah. Alhamdulillah kesihatan Abah pun makin baik sejak keluar dari hospital aritu. Tuhan je tahu macam mana perasaan aku masa tu..saat abah dikomakan kerana kegagalan bernafas. Terpaksa disokong dengan bantuan mesin pernafasan. Abah yg selama ini gagah di mata aku..terbaring dengan wayar yg berselirat.

Abah yg senantiasa kelihatan tersenyum walaupun aku tahu ada luka dihatinya. Abah yg senantiasa gembira menanti kepulangan anak2 dan cucunya. Abah yg kadang2 merajuk dan berjauh hati bila anak2 dan cucu2 tidak bertanya khabar. Abah yg senantiasa berusaha untuk memberi kesenangan, kegembiraan dan kebahagian untuk kami semua. Abah yang senantiasa setia disisi Ma..siang dan malam. Abah yang sentiasa berusaha dan tidak putus2 doanya agar isterinya kembali sihat seperti sediakala.
Manja2 dan mucuk2 Atuk..

Alhamdullillah...aku bersyukur kerana sehingga ke saat ini Abah masih setia dan sentiasa menemani Ma. Walaupun kadang2 kesihatan diri sendiri terganggu, Abah sentiasa mendahulukan kebajikan dan kesihatan Ma. Terima kasih Abah kerana menyedarkan aku...menginsafkan aku...betapa agungnya cinta Abah pada Ma. Walaupun mereka tak bercinta semasa berkahwin, alhamdulillah cinta mereka masih utuh hingga ke hari nie. Terima kasih atas segala kasih, sayang dan cinta ini Abah..

Buat Ma juga, Selamat Hari Ibu. Terima kasih Ma kerana mengandungkan, melahirkan, mendidik, menjaga dan membesarkan kami. Kuatkan semangat Ma. Abah, Kak Da dan anak2 Ma yang lain masih memerlukan Ma. 

Kami rindukan bebelan Ma..kami rindukan gelak tawa Ma..Kami rindukan sentuhan dan dakapan Ma. We miss everything about u Ma..

Buat abang2 dan adik2 ku..kuatkan semangat kerana Allah SWT sedang menguji kita. Allah SWT masih  memberi peluang kepada kita untuk berbakti dan membalas jasabaik dan pengorbanan Abah dan Ma. Bersyukurlah kita kerana masih mempunyai Abah & Ma. Gunakanlah masa dan peluang yg ada dengan sebaik2nya.