nuff

Thursday, 8 May 2014

DENTIST TERBAIK - DR MAZURA

Tetiba En Suami suruh aku balik keje sendiri. Apahal pulak...rupa2nya dah janji ngan anak2 nak pergi jumpa dentist. Sampai hati..tak kira aku pun nak ikut. Selalu bawak anak2 kt Klinik Dr Mazura kt Senawang. Anak2 aku dapat jumpa dentist pun seronok. Kalo aku dulu masa sekolah, bila tau kena jumpa dentist punyalah takut. Berdebar2 je bila nampak member masuk kelas bawak kad biru. Kalo boleh nak menyorok jee..Sebab..nurse dulu garang2...buat kerja pun kasar..mentang2lah kat sekolah, tak de mak bapak yg duk perhati kerja kau. Memang fobiala nak jumpa dentist nie...

Tapi memang puashati dengan servis Dr Mazura nie. Dia pandai pujuk budak2..sambil bercerita, sambil buat kerja..so mmg takdelah adegan menjerit2 dan menangis2. Aku cuma memantau dari jauh jee. Pernah sekali Syira balik dari sekolah..mengadu gigi kena cabut kat sekolah. Aku tanya dia sakit tak?? Sakit..sikit lagi airmata Syira nak keluar. Tu yg aku taknak tu, takut lama2 dia pn fobia nak jumpa dentist macam aku. Alang2 dh smpai sana, aku ngan En Suami pun buat checkup sekali. Nak2 gigi aku yg berkarat nie. Nak buat scaling mmg seram la..buat rawatan yg lain dulu. En Suami citer dulu dia pernah pergi cabut gigi kt klinik area Seremban. En Suami aku memang tak de masalah fobia nie. Bila dia cakap kat Dr tu sakit, boleh pulak Dr tu cakap 'itu cuma perasaan awak' Vangang punya Dr...boleh plak cakap macam tu. Lepas tu terus tak pergi situ dh. Ha..ha..dulu dia pergi situ pun sebab klinik panel tempat dia kerja.

Wajah2 riang sebelum jumpa Dr Mazura



 
  Aman dunia..dua2 dh kena cabut gigi masa nie.

Balik tu masing2 sibuk nak makan aiskrim pulak. Kalo aku dh kena cabut gigi nak balik umah terus. Nak tido..tapi budak2 nie..siap nak pergi Giant pulak. Aiman pulak sibuk nak gunting rambut. 'Esok abang nak baca doa kat perhimpunan'..pandai lak nak melawa..kalo tak dia lah yg paling comot. aku asik membebel kat dia je sebab baju kotor mengalahkan budak kecik. 'Pandai ke abang baca doa?? Siapa yg pilih abang? En Suami nie lain macam pulak soalannya. 'Ketua kelas tanya kt kelas sapa nak baca doa..abang volunterlah nak baca'...Ha..ha..amik kau..macam tulah anak ibu..

 Balik tu Aiman request Sambal Udang
Syira pulak bibir dah start bengkak. Kalah Angelina Jolie..Nak makan pun tak boleh. Tak sekolah lagilah nampaknya. Selalu tak pernah macam nie pun. Bawak balik jumpa Dr...rupa2nya bengkak sebab masa bius masih ada..dia gigit2 pipi dia. Alkisah...tetiba request nak makan bubur..sebab Dr cakap kena makan bubur dan benda2 lembut. Layanlah selera org sakit..Lauk hari kerja goreng2 je..jgn mintak lebih2..nanti ibu mogok taknak masak.

Hari2 korang request nak makan macam2 kan..hari nie ibu masak nie aje..Tapi memang sold outlah sebab mmg faveret diaorg. En Suami je tak makan sebab dia tak suka..unless aku masak Kuew tiow kantonis..barulah dia makan. Tajam selera ko bang di malam Jumaat nie..he..he..:)