nuff

Tuesday, 22 April 2014

JADUAL UBAT SYIRA

Masa kat farmasi lagi aku dah pening kepala. Berkali2 aku tanya. Ubat demam 2 jenis, ubat batuk 2 jenis belum tambah ubat yang lain lagi . Tak boleh bagi ubat serentak takut overdose. Vaksin utk influenza pulak kena makan cukup2 utk 7 dos. Ada lebihan kena buang. Sampai je rumah settle apa yang patut terus aku study dan susun jadual ubat dia.
Seplastik ubat
Aku labelkan dulu jenis2 ubat Contohnya K = Kahak, B2 = Batuk 
Pastu baru buat jadual. Berkali2 gak buat sbb nak org lain pun faham jugak.
Board magnet tu dpt masa renew kad Popular. Ada gak gunanya. Aku lekat kat fridge, senang. Agak2 aku busy...aku srh En Suami tgk jadual dan tolong bagi anak makan ubat. Senang kerja aku

Monday, 21 April 2014

SYIRA & INFLUENZA B

Entry sebelum nie dah cerita pasal anak2 demam. Alhamdulillah hari 3 demam Aiman dh ok. Dah pergi sekolah pun tapi jeles pulak sbb Syira tak pergi sekolah. Jgn nak cuti lama2 sangat nak, bulan 5 dh nk mid year exam. Syira pulak demam tak kebah. Setiap 4 jam kena bg ubat demam, kalo tak panas je badan dia. Risau2 pn aku tido lena je. Paksa En Suami memantau demam anak. Sbb kepala aku sakit tak cukup tido mlm sebelumnya, pastu keja pulak. Tak sempat nak cover tido sebelum nie. Tapi aku  perasan demam Syira kali nie nampak lain. Dah 4 hari tak kebah2, pastu dia asik komplen..ibu..adik pening la. Nak keja pun tak senang. Bincang2 ngan En Suami, oklah bawa pergi cek darah. Klinik yg aku nak pergi pukul 4.00 pm pulak baru bukak. Pastu result dia esok baru dpt. Last2 pergi Pakar Kanak2 Dr Bee. Resullt boleh dpt on the spot..tp nk menunggu tu..haish..
Pukul 1.30 pm register, 5.30 pm br dpt jumpa doktor.
Positif...influenza B.

Balik tu singgah tgk anak buah. Irfan dh discharged Syahmi je yg belum kuar2 lagi. Sempatla berkelah kt KPJ. Pas maghrib tgk Syira makin lemah n badan makin panas. So bincang2..eloklah cek in kan Syira kt KPJ ni. Sebab risau plak baru 2 jam mkn ubat, makin panas lak badan dia. Kang tgh2 malam buat hal..susah plak. Tapi kt KPJ nie..fully booked. En Suami call Columbia Hospital, ada kosong..terus bergegas ke sana. Cek2 suhu badan dh 38.7C. Terus drip air masuk ubat bontot. Masa cucuk jarum nk amik darah n drip elok je dia tak nangis. Tapi masa Aiman gelakkan dia masuk ubat kot bontot, bersungguh dia menangis. Anak...anak..
Aku pakai medical card, kalo tak x beranilah aku nak pg hospital swasta. Kad Cuepacs Care. Nak tahu lebih lanjut boleh cek kat sini Cuepacs Care.Terpaksa amik single room sbb kena kuarantin, tak boleh campur patient lain. Apa2 la Dr janji anak saya sembuh. Bayar deposit RM 300.00 tapi tetap kena bayar utk bilik sebab kelayakan cuma RM 150.00. Tapi aku mmg nak single room pun, selesa sikit aku nak jaga anak. Nak tido baring. Sebelum tu meh aku nak share simptom2 influenza B nie. 

INFLUENZA B

Tanda-tanda simpton adalah seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan, serta cirit-birit, muntah. Jadi, andainya korang mempunyai simptom-simptom seperti berikut, jangan malu dan segan untuk bertemu dengan doktor berhampiran. Sebelum ini, penyakit seperti kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan serta kematian dilaporkan. Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi nasihat yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan dalam usaha mengekang penularan virus Influenza B.
 Boleh pulak dia request bubur ayam Mcd kul 12.30 mlm.

Nasib baik sebelah hospital je dik. Selera makan tu tajam je. Kol 4.30 am aku terjaga sbb badan dia makin panas. Terus panggil nurse, cek2 sekali 39.9C, terus bagi ubat lagi. After 2 hours still 39C, terus bagi ubat lain pulak..Tak senang duduk aku dibuatnya. Nurse pulak jap2 masuk cek suhu. Abah aku pulak sedih tak dpt tgk cucu dia. Aku pun faham ngan keadaan abah, susah nk bergerak sejak ma sakit. Dont worry abah..everything is under control.
Makan tetap makan
24 jam kartun. Sampai aku pun boleh layan citer Shrek smpai abis.
Macam banyak masalah jee..

Hari kedua demam dh turun sikit. Lega sikit aku. Aku pun sakit kepala dah nie, tido tak cukup. Baru je lelap, nurse datang cek. Alhamdulillah anak2 aku pun memang senang makan ubat. Pukul berapa pun nurse dtg bg makan ubat dia nganga je. Pastu boleh pulak ckp, takde org dtg melawat pun dia sakit. Mak Long ngan Mak Ngah jee. Terpaksa la pujuk dia, lagipun Dr dh pesan limited visitor sbb takut berjangkit. Tetiba "adik rindu abang". Bila abang ada, asik duk sakat abang je. Sampai stress ibu dibuatnya. Bila x jumpa..rindu-rinduan pulak. 2 hari  sebelum ni dia demam aku keja jugak dan hantar kat umah nenek. Bila aku call tanya demam lagi tak, dia boleh cakap "adik demam lagi..panas..ibu hantar jelah adik kt hospital"...Drama betullah anak dara aku nie.

Alhamdullillah dengan izinNYA hari ke 3 dah tak demam lagi. Dh boleh discharged. Lega ibu, tapi ada org buat drama lagi. Dia sedih taknak discharged pulak. Adoilah...


Balik rumah cover tido, duk hospital memanjang kena kacau tidonya. Terima kasih juga buat semua yg mendoakan kesihatan anak aku. Semoga Allah SWT yg mampu membalasnya. AMIN...

Tuesday, 15 April 2014

BILA ANAK2 DEMAM

Hari ni aku amik emergency leave. Syira ngan Aiman boleh bergabung pulak demam. Tak lena aku tido malam tadi. Asik terjaga je..jap2 rasa dahi Aiman..jap2 rasa dahi Syira. Ingat nak hantar je budak2 nie kat rumah nenek diaorg. Tapi takut mak mertua aku pulak yg pening nk bagi ubat nanti. Sebab aku kalo anak demam memang setiap 4 jam aku bagi ubat. Dulu2 kalo anak aku demam, aku amik cuti bapak mertua aku bising. Dia ckp mak boleh jaga. Iyalah bapak mertua aku kan org keja gomen jugak, so dia mmg alert bab2 cuti..mc nie..Tapi sekarang bila cucu2 dh ramai, dia pun pening kot. So tak nak menambahkan pening abah, biarlah menantumu yg baik ini amik cuti jeee...

Syira awal2 pagi lagi dh bangun ngadu lapar. Aku kalau demam mmg tak lalulah nak makan. Tapi diaorg nie sejak minum Mealshake Shaklee memanjang lapar jee. So aku suruh dia makan roti jek..Aku masak panaskan spagetti yg tapau semalam. Sekali tengok dia dh tido balik. Asik mengadu sakit kepala jee. Cepat2 aku masak utk lunch pulak. Menu kalo demam ialah sup ayam ngan bubur nasi. Tapi hari ini ibu tak berapa rajin nak masak bubur, so kita makan nasi ngan sup ayam jelah. Bersungguh pulak dia makan siap minta aku keluarkan dadih yg dia buat aritu. Dh dekat sebulan dia minta aku buat dadih. Hu..hu...busy bebenor ibu kamu niehh..

 Projek membuat dadih pada hari Ahad
Layan org demam makan

Aiman pulak sanggup tak makan bila dh mengadap pc. Ajak makan sekali pun tak nak. Hangin je aku..iyalah senang makan sekali. Sekali harung aku nak mengemas. X pelah sebab ko demam, ibu pun x de mood nak marah2..Aku sibuk2 kt dapur..mensetelkan kain baju kat belakang sekali tgk Syira dh terbaring. Tetiba pulak suhu badan dia naik balik..Bagi balik ubat...pastu aku yg tertido..Ha...ha..
Bangun tido lapar pulak. En Suami ajak keluar, tapi aku malas takut pulak demam anak2 melarat. So aku paksa En Suami belanja pizza. Tetiba org yg tengah demam menyampuk..Adik nak sup yg pizza tu..Oklah dik..makanlah apa yg ko nak janji cepat sembuh tau. Sampai2 je pizza boleh pulak adik pizza ni tertinggal sup..Haish...spoil betul. Takpe akak ok je..tapi ko kena pg amik ASAP. Dahla hari tu dtg delivery tak bawak apa2. Sampai depan umah iya2 hon..buka2  beg dia..boleh kosong. Boleh pulak kau tertinggal. Nasib baik akak jenis bertimbangrasa dik. Kalo tak...dapat pizza free akak hari tu..


Dah sembab muka tu. Seharian duk makan tidor jee. Aiman nampak dh ok..Adik cuti lagilah esok. Kang sampai sekolah cikgu tepon pulak suruh amik. Kesian kat atuk nanti nak kena pegi amik. Anak aku nie pantang sakit sikit, mesti tepon suruh datang amik. Macam tahun lepas, mula2 Aiman tepon ckp sakit perut. Suruh abah pergi amik. Pastu cikgu Syira pulak yg tepon ckp Syira nangis2 sakit perut. Tak taulah mmg kebetulankah atau lakonankah?? Sebab masa tu adik aku Liza n parents aku ada kt umah. Diorag memang nak balik Kuantan hari tu..agaknya dengar atuk nenek diaorg nk balik tu yg diaorg nak balik sekolah awal kot. Tak puas bermanja ngan atuk, nenek, makcik dan Kak Nadia kot. Macam2 feel anak2 nie...cepat sembuh sayang..ibu x de geng nak gaduh nie..

Monday, 14 April 2014

36th BIRTHDAY- 14th April 2014

Alhamdulillah...hujan mencurah2 sejak akhir2 nie. Kadang panas... kadang hujan. Kesihatan pun tak menentu. Aku pun baru baik dr demam. Anak buah Irfan dh seminggu warded belum keluar2 lagi. Tup..tup... semalam adik dia Syahmi pulak yg warded gara2 demam panas. Kesian kakak ipar aku yg seminggu lebih duk berkampung kt hospital. Nasib warded kt KPJ...selesalah sikit. Balik keja tadi Aiman pulak mengadu demam. Selang sejam Syira pulak yang demam. Syira kalo demam aku risau banyak..sebab dia pernah kena tarik@sawan masa demam panas kecik2 dulu. So, aku sangat berhati2 kalo dia demam.

Hari nie pulak birthday En Suami. Dah janji nak pegi makan kat luar. Tapi tengok keadaan anak2...rasa mcm nk postponed je. Tapi Aiman ngan Syira pulak beria ajak keluar. Syira dari minggu lepas dh mention kt aku 14hb birthday ayah. Dia belum beli hadiah lagi. Macam2la ko nie dik. Padahal ko lah yg selalu duk bergaduh ngan ayah. Asik berebut remote tv. Sanggup bangun pagi semata2 nak tengok tv. Sebab bila ayah dh pegang remote..mmg org lain x de canlah nk tgk channel lain. Bagi anak2 makan ubat..terus keluar makan. Kata masing2 demam..tapi selera tajam je aku tengok.

 Agak2 ada tak macam orang demam

Ikutkan En Suami suruh masak kat rumah je. Iskh...malasla pulak, sebab aku dh niat nk blja En Suami makan kt luar je, senang. Lagipun hari bekerja nie penat sikit. Ok..marilah kita makan kat luar. Cepat pergi..cepat balik. Lagipun nak memantau demam anak2 nie. Risaulah pulak kan.

Luv this card very much..Sweet, comel dan yang paling penting murah jek...:)


Jam besday tahun lepas. Tahun nie nak handbeg je..ha..ha..Bagi hint awal2.. 
 Suami makin slim..isteri makin gebu..
Beli kek 1 slice je tahun nie. Selalu beli besar tak habis sebab taste masing2 berbeza2. Yang ni memang favourite besday boy..Boy??? Macam tak sesuai je..yg makan memang 1 slice je..tapi yg tapau berslice2..hu..hu..Ayat biasa En Suami setiap kali birthday...saya tak nak apa2..kehadiran awak dalam hidup saya adalah hadiah yang sangat bernilai dan berharga buat saya. Cukuplah kasih dan sayang awak pada saya...Ye..saya tahu awak..saya dh boleh agak skrip awak tiap2 tahun memang macam tu. Tapi tak sampai hati la pulak sebab bila time besday aku...aku mintak macam2. Rasa kejam la pulak. So tak nak nampak kejam sangat aku beli jugak hadiah yg aku rasa dia memang perlu dan akan pakai.

To my soulmate, Happy 36th birthday...Semoga dikurniakan rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, kesihatan yang baik, ilmu yang bermanafaat dan dipanjangkan umur utk kita bersama2 melayari bahtera rumahtangga dan sama2 mendidik buah cinta dan buah hati kita. Insyaallah...as always..LUV U KETAT2....

Saturday, 12 April 2014

NASI MINYAK MY MUM

Kali ni nak share resipi Nasi Minyak. Mak aku dulu kan berniaga nasi minyak nie. Yang selalu sold out berbanding yang lain. Bukan riak..tapi itulah realitinya. Kalo balik Kuantan mmg senang nak jumpa nasi minyak nie. Org belah pantai timur nie biasanya breakfast dia kan heavy2 sikit...nasi minyak, nasi berlauk, nasi dagang, nasi kerabu dll. Resipi aku seringkas mungkin, mmg sangat sesuai bagi adik2 yg baru belajar nak masak. Tak payah pakai susu cair ke..apa ke..tapi tetap sedap. Membebel banyak pun tak guna..nie resipinya.

Bahan-bahan

3 cawan beras 
3 biji bawang merah & putih
1 inci halia (agak2 la)
3 sb planta/majerin
Kulit kayu manis & bunga lawang
Daun pandan
Garam & air
Pewarna (aku prefer kuning jek, ikut taste masing2)

Cara-cara 

1. Basuh beras masuk dlm rice cooker bersama air.

2. Panaskan planta, pastu tumis bwg merah, putih, halia yg ditumbuk bersama2 bunga lawang dan kulit kayu manis.

3. Dah garing, masukkan bahan tumisan dalam rice cooker tadi bersama daun pandan dan sedikit garam. Jgn lupakan switch on your rice cooker.

4. Bila nasi dh MASAK @ butang dh naik, titiskan 3,4 titik pewarna dan kacau. See...nasi minyak tu dh cantik.

Ada yg makan dengan ayam masak merah or gulai ayam. Tapi pilihan aku ofkoslah ayam masak merah. Kalo masak nasi nie, berkali2 anak duk mengulang makanan. Hidangan wajib kat rumah mak aku kt Kuantan. Kalo rajin buatlah kuah dalca tapi biasanya aku tak rajin sangat. Aku makan ngan acar mentah jek. Timun, lobak, nenas, bawang besar, garam, gula dan cuka sikit. Nasib minyak nie my lil brother favourite tooo...sbb tu setiap kali aku balik Kuantan aku akan masak nasi minyak nie. Sebab ada kenangan pahit manis dan sentimental value di sebalik nasi minyak itu. Selamat mencuba..

Friday, 4 April 2014

MELENTUR BULUH.....

Lepas dari operation aritu aku dh tak berapa larat nak handle keja2 kat rumah sorang diri. Aku sebenarnya cerewet sikit bab2 mengemas nie. Tapi memandangkan keadaan diri yg tak berapa nak kuat, kena sub2 sikit kerja2 rumah kt En Suami dan anak2. Aku pun tak manjakan anak2 sangat. Dari tahun lepas aku dh ajar Aiman & Syira basuh kasut sekolah sendiri. Aiman pn dh boleh harap vakum rumah, kemas bilik & basuh bilik air dia. Bila diaorg buat sampah atau makan bersepah, automatik diaorg akan cari penyapu nak sapu. Sejuk hati ibu tengok anak2 sama2 tolong ibu mengemas. Walaupun tahap kekemasan tu tak menepati piawaian ibu. Ada sesetengah org tak sampai hati nak suruh anak2 buat itu..buat ini..tapi tak bagi aku. Aku nak anak2 aku ada rasa tanggungjawab dalam diri mereka. Aku nak anak2 aku kuat macam aku.

Aku kecik2 dulu2 pun macam tu. Dari kecik aku dh tolong mak aku berniaga kuih, nasi lemak, nasi minyak dll kat berek polis. Cuma suara aku tak sedap je..kalo tak confirm jadi macam Siti Nurhaliza. Kadang2 pukul 5.30 pagi dh bangun tolong angkat barang. Masa tu mak aku berniaga kt bawah flat. Tapi kadang2 hati tu memberontak juga. Iyalah masa tu manalah kita nak faham sangat ttg kehidupan nie. Memberontak tu sebab mengantuklah...Pastu siap2 gi sekolah..Bila form 1 tu dh start kena tolong lama sikit kat gerai sbb sekolah petang. Tapi pukul 8.00 pagi biasanya aku dh balik...tolong kemas kt rumah pulak. Masa nie dah cerdik sikit...so takdelah nak memberontak sangat. Start form 4 mak aku dh ajar buat karipap kentang dan sardin. Nanti bila dh malam, tau2 mak aku dh siap uli2 tepung suruh aku settlekan. Aku buat tak pakai acuan ye, cantik aku kelim karipap tu. Berapa lama pulak mak aku train aku. Nanti mak aku kasilah upah, tu yg rajin tu.

Masa form 5, aku tolong org berniaga kt Bazar Ramadhan kt stadium Kuantan ngan kawan2 sekolah aku. Start kul 4 sampai kul 8. Dapatlah RM300+++. Tahun tu dapatlah bersoping lebih sikit utk raya. Nak kata famili aku susah dulu tak jugak..tapi seronok bila dapat pegang duit sendiri. Masa aku study kt Poli pun aku masih tolong mak aku sampailah masa aku dh start keja. Bagi aku takde masalah pun, cuma kadang2 penat nak layan tanggapan org nie. Sebab ada sorang pakcik ni assume aku nie tak habis sekolah. Sekali partner mak aku ckp dh habis study pun. Baru habis buat diploma, dah kerja kat audit firm pun, dh nk kawin dah. Adoi...kadang2 tak paham ngan mentaliti org2  macam2 nie.

Dan aku nak anak2 aku pun kuat macam aku...macam En Suami..sebab En Suami aku dulu rasanya lagi susah kehidupan dia. Dari kecik dh start keja ngan org..susun2 suratkhabar...jadi kedi...keja kt warong roti canai..jual macam2 kt sekolah. Nak beli mainan apa pun tak dapat. Sampai berazam dgn diri sendiri...bila dh ada anak...apa pun mainan yg anak nak dia akan belikan. Bab tu aku tak setuju sangat...Mua anak2 aku jadinya...Sebab tu kalo nak apa2 anak2 lebih suka mintak ngan ayah...sbb ibu memanjang je tak boleh..
 
Bilik anak bujang aku. Aiman kemas dh ok...cuma lain kali kena tarik cadar kasi licin...macam ibu buat nie..Selalunya aku suruh dia buat dulu. Pastu aku ajarla nk kemaskan lagi macam nie.

Syira pn dah boleh kemas sendiri. Cuma masih tunggang-langgang lagi. Tapi dia pandai lipat selimut sendiri. Kalau Aiman digulung2nya..kasi kemas. Tapi bila balik Kuantan, anak2 aku jd manja melampau2 sebab ada orang duk layan feel diaorg.

Kenalah ibu tolong kemaskan sikit. Sakit pulak mata ibu. Bab2 menolong kat dapur pun dh boleh harap dah. Tapi kalo dia tengah sibuk dengan mainan, mmg sekejap jelah dia tolong. Tapi aku paling suka kalo dia membasuh pinggan. Satu sinki dia sental kasi bersih..

 
Assistant chef in action....Tolong potong dan kacau je..

Tapi my assistant chef demam hari nie. See...kesian dia..minum pun sambil baring. Melalak2 nak ikut ayah dan abang pergi kompleks sukan. Ayah ada game harinie. Sori sayang...lain kali kita pergi. Syira kan demam...Ibu pun demam..Nanti dah sihat kita pergi jalan2...