nuff

Sunday, 23 March 2014

WEDDING COUSIN - KOTA BHARU

Semalam wedding cousin aku kt Kota Bharu. Sorry...tak dapat hadir, ada urusan lain yang perlu diselesaikan disini. Tahniah buat my cousin, Mira yg manis and husband. Selamat Pengantin Baru dan semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. InsyaAllah..Tahniah jugak utk my aunty, Mama dan anak menantu kerana kenduri telah berjalan dengan lancar. Aku memang kagum ngan Mama kerana telah berjaya mendidik dan membesarkan anak2 tanpa seorang lelaki yg bergelar suami. Actually suami Mama ialah abg kepada mak aku. Cik Yeh telah pergi menemui Penciptanya ketika anak2nya masih kecil dan masih memerlukan belaian kasih sayang dari seorang ayah. Walaupun tak selalu berjumpa, tapi aku juga menyayangi Cik Yeh kerana dia begitu istimewa dimata dan dihatiku. Kalo aku yg tak berapa rapat sangat nie pun terasa kehilangannya, apatah lagi anak2nya. Al-fatihah buat Cik Yeh...dan semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin...

Gambar2 nie aku amik dari fb cousin aku. He..he...manis2 dan comel2 sepupu aku nie. Sangat cantik and perfect..itu yg dpt aku simpulkan tentang majlis perkahwinan cousin aku nie. InsyaAllah ..ada masa dan kesempatan kita akan berjumpa lagi.....

Selamat Pengantin Baru

Mira & Husband

Pengantin baru vs pengantin lama
Famili besar Mama