nuff

Sunday, 30 March 2014

SAMBAL HITAM PAHANG

Balik kg aritu aku dibekalkan 2 beg plastik belimbing buluh. Aku suruh  Nadia  amik sikit je..terkejut aku tengok dengan hasil kutipan budak2 nie. Terima kasihlah beria2 mengutip buah belimbing sampai berlakunya keadaan yg tak diingini. Nadia...behave sikit dpn budak2. Selalunya kalo kt N. Sembilan mak mertua aku masak lomak cili api telor itik ngan belimbing. Tapi kali ini aku nak tryla masak Sambal Hitam Pahang. Kata org Pahanglah sangatkan. Haruslah cuba. Resipi aku amik dari blog Madiha Sambal Hitam Pahang.

Bahan2
½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi cara2 merebus]
½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
garam & gula secukup rasa
1 cawan minyak masak

Cara2 Menyediakan

1. Belimbing hendaklah dicuci bersih.  Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.  Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit.  Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap 
**Pakai periuk yg buruk je nk rebus belimbing tu sbb air belimbing tu meninggalkan kesan hitam pd periuk yg digunakan. Susah nk sental nanti.

2.  Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.

3.  Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga).  Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding)
**Aku derhaka sikit...tambah kicap pekat dan kicap masin. Gula aku tak letak.

3. Bila dah garing tutupkan api lalu toskan minyak menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.  

PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.
 Rasanya memang meletoplah...aku makan ngan nasi panas je sampai tak sedar dah 2 pinggan nasi aku bedal. Rasa pedas, masam, ,manis dan masin semua ada. Rasanya kalo bulan puasa, buat utk bersahur mmg terbuka luas biji mata. So buat adik2 aku kt Kuantan tu, stok belimbing mmg banyak belakang rumah kan???? Silalah cuba..