nuff

Tuesday, 25 March 2014

PASRAH DENGAN KETENTUANNYA


Al-fatihah dan takziah buat ahli keluarga penumpang dan anak kapal penerbangan MH370. Hampir 17 hari dibelenggu dengan pelbagai persoalan dan teka-teki, akhirnya misteri kehilangan tersebut telah terjawab malam tadi. Seluruh dunia bersimpati dan bersedih dengan apa yg telah terjadi.

Aku dan keluarga pun tak terkecuali dipilih dan diuji olehNYA. Kalo pernah baca entry aku sebelum nie..tahun 2013 aku diuji dengan kehamilan luar rahim yg hampir meragut nyawa aku. Memang susah aku nak terima apa yang terjadi. Depan En Suami, aku buat2 kuat..tapi hakikatnya hati aku menangis di dalam. Aku tak mahu susahkan hati En Suami..apatah lagi hati keluarga aku. Kadang2 aku rasa mcm perempuan saiko plak. Aku masuk bilik airr menangis puas2...sambil buka air paip kuat2...dan dalam masa yg sama mulut aku gigit towel..Motif..aku malu kalo org tahu aku menangis. Itulah yg aku buat utk melegakan tekanan aku. Alhamdulillah...sekarang aku dh ok. Aku dh kuat dan aku kena kuat utk adik2 aku..abah aku..ma aku..

Tahun lepas jugak aku diuji apabila abah warded gara2 sesak nafas. Abah aku nie penghisap rokok tegar. Dalam sehari aku tak tau berapa kotak dia boleh habiskan. Ditambah dengan minat mendalam abah aku dalam seni pertukangan. Kalo nak tahu abah aku memang terer buat rumah atau dlm bahasa mudah kreatif. Macam rumah kt Balok nie, hasil air tangan abah aku. Fully design by abah. Perabot dlm rumah nie pun ada yg abah buat sendiri. Kitchen kabinet, set bilik tidur , almari semuanya abah aku buat sendiri. Set meja makan pun abah aku beli yg second. Dpt je kt tangan dia terus nmpak macam yg baru. Kolam @ mini pool nie pn abah aku buat utk cucu2 dia berendam. Siap air meleleh ala2 air terjun..Seriusly..Masa aku melawat abah kt hospital, abah siap mintak maaf lagi sebab tak melawat aku masa aku operation haritu. Sebak pulak hati aku. Aku tak kisah..sebab aku faham ngan keadaan abah..ngan keadaan Ma lagi.


Kolam utk cucu



Lepas Abah dah discharge kitaorg dh tak bagi abah main ngan simen lagi. Tapi abah degil. Pastu abah warded lagi. Sesak nafas jugak. Aiman ckp atuk terkejut sebab Kelantan kalah bola. Tak silap aku masa tu Kelantan vs Pahang. Kali nie keadaan teruk sikit. Doktor terpaksa komakan abah sebab abah tak mampu bernafas sendiri. Abah bernafas ngan bantuan mesin. Hari pertama aku melawat abah langsung tak sedar. Hati aku bagai disiat2 melihat keadaan abah. Sebab selama yg aku tau dan kenal abah aku kuat. Pesara polis..taulah mcm mana kan. Alhamdullillah..hari kedua abah dh sedar. Pastu Ma pulak check in kt hospital. Ma aku memang dh sakit lama. Mula2 dia jatuh..lama2 memory dia lost. Raya aritu aku tak balik sebab sakit nak bergerak gara2 operation. Aku mmg betul2 tekejut bila aku balik, sebab Ma aku hanya mampu terbaring. Makan, minum pun susah nak telan. So lepas bincang ngan adik-beradik, kitaorg hantar Ma ke hospital. Kesian sangat tengok keadaan Ma macam tu. Berbotol2 drip air, barulah nampak ok skt. Abah aku bila dh sihat asik ckp pasal Ma. Kitaorg tk bgtau lagi yg Ma warded jugak. Takut dia terkejut lagi. Baru je nak baik. Tapi abah dpt tau jugak bila org yg dtg melawat abah bgtau. Nasib baik abah ok..Risau jugak...

Alhamdulillah..masa Abah dan Ma warded ramai jugak kawan2 dan sedara -mara yg dtg dari jauh dan dekat. Masa susah nilah kita tau sapa kawan dan lawan kita. Terima kasih buat Mama sekeluarga yg dtg melawat dr Kelantan. Susah2 je..naik bas pulak tu. 


                                                                        

Aku redha dengan ketentuanNYA. Setiap org ada bahagian masing2..dan inilah bahagian aku dan adik beradik yg lain. Semoga Allah SWT kuatkan, tabahkan dan satukan hati kami adik-beradik menghadapi dugaan ini. Tak lupa buat Si Manis Nadia kerana sentiasa ada bersama kami. Hanya Allah sahaja yg boleh membalas budi-baik Nadia selama ini...