nuff

Thursday, 20 March 2014

NIKMATNYA HUJAN….

Alhamdulillah…2,3 hari nie hujan. Rasa sejuk dan nyaman je. Aku dh siap beli stok aiskrim utk  weekend. Sebab kesian kat anak2 dan sebenarnya mak dia yg teringin lebih nak makan aiskrim sambil membayangkan cuaca yg panas. Tapi perancangan Allah adalah yg sebaik-baiknya. Hujan turun selebat-lebatntya. Tak kisahlah kain2 tak kering pun…janji bumi nie basah dan sejuk sikit. Dh lama betul tak hujan Kesian kt pokok2 dan rumput2 kt rumah nie, kering aje. Kt rumah aku nie memang banyak pokok2 bonsai koleksi En Suami. Aku memang tak minatlah nak menanam pokok nie. Tak serasi kot. Tapi aku perhatikan sejak cuaca panas nie, En Suami selalu subkan kerja2 menyiram pokok2 ni pada anak2. Budak2 nie dapat main air seronoklah. Kadang2 tukang siram pun basah sekali, bole pulak dia siap main tembak2 air. Hangin je aku. Dah basah2 masuk rumah, satu hal pulak aku nk mengemop lantai. 

Khusyuk
Seronok nampak...
 
Dah hujan2 nie, nak keluar pun malas. Aiman baru habis ujian bulanan. Last week satu minggu kena kuarantin, ulangkaji. Sibuk nk pergi berjalan tp bila bos besar aka ibu tak setuju, semua kena akur..Ha…ha…terus mogok duk dalam bilik layan komputer. Kalo dh keluar mesti makan kat luar punya. Stok lauk dlm peti ais banyak pulak. Kalo dh lama dalam peti ais dh tak fresh. Baik duk rumah masak lagi bagus.  

Hujan....layan Sup Tulang memang terbaik
Ada orang marah dapat makan sup sikit je. Org duk sibuk makan dari tengahari, dia sibuk makan aiskrim bermangkuk2. Pastu mengamuk dapat makan sikit. Selalu aku mmg akan masak cukup2 je. Kadang2 seekor ayam tu boleh 4 kali masak. Aku bukannya kedekut, tapi berjimat. Membazir kan amalan syaitan. Lgpun aku dh faham benar ngan feel En Suami dan anak2 aku. Diaorg takkan makan benda yg sama for 2 todays. Maksud aku lauk smlm tak habis, simpan peti ais, esok panaskan balik…confirm diaorg takkan makan. So dari benda tu terbuang je, baik bajet betul2 banyak mana nak masak. Tp sekarang dh ada penghuni baru kt rumah. Lauk tak habis, serahkan je pada dia…My Pussy..


Buat2 tido bila suruh keluar