nuff

Saturday, 1 March 2014

NASI LEMAK SIMPLE

Korang breakfast apa hari nie. Demam pun sempatlah masak nasi lemak. Tapi simple2 jelah. Bolehla tengahari masak lambat sikit. Ada jemputan kenduri hari nie, tapi aku tak laratlah. Cuaca dh la panas nanti hingus aku tak berhenti mengalir pulak. So biarlah En Suami je yg pergi. Tapi tak taulah pergi ke tak tu bila aku srh dia pergi sorang. Nasi lemak mak aku memang sentiasa yg terbaik...sapa pun tak boleh lawan. Dah lama tak dapat rasa air tangan mak aku sejak dia sakit. Kalo korang nak tahu dulu mak aku mmg berniaga. Nasi lemak, nasi minyak, nasi dagang masa kat kem Galing dulu. Memang meletoplah. Kalau tak, takkan kakak ipar (kes mengidam la ni) aku yg duk Seremban nie sanggup datang Kuantan sebab nak makan nasi lemak mak aku. Cuma aku je yg tak sempat nak menuntut ilmu dengan mak aku. Harap2 skill memasak mak aku tu dapat kat aku la. Lgpun sekarang dh senang. Nak resipi apa pun search je kat internet. Macam2 resipi ada.

My Nasi Lemak 

Nasi :

2 cwn beras
1 cwn santan (pakai santan kotak je)
1 1/2 cawan air
Daun pandan, halia dan garam secukup rasa.

Sambal Ikan Bilis

Bawang merah dan putih
Cili Kering (blend ngan bawang besar)
Ikan bilis
Air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

*Masakla macam masak sambal biasa, kalau nak lagi sedap dh masuk semua bahan perlahankan api biar je kt atas dapur tu smpai mendidih n masak.

Sebab masak simple2 presentation kena cantikla sikit. Baru ada mood nak makan. Nasib kat belakang rumah aku nie ada pokok pisang. Amik daun pisang buat alas baru sedap makan. Dahla pokok pisang tu kecik lagi, bole plak aku amik daun wat alas. Nasib laki aku tak marah. Rilek jer dia makan sampai bertambah2. 

Agak2 boleh meniaga tak??

Tak taulah Aiman wat apa kat bilik tu. Aku suruh dia ulangkaji sebab hari Selasa ada ujian bulanan. Dia makan nasi lemak 3 pinggan tadi . Kalah ayah dia. Harap2 tak lolaplah sambil ulangkaji tu..
Study peluk bantal...mmg lolap jap lg...