nuff

Saturday, 22 February 2014

KUCHING - PART 3


Tak habis lagi entry kt Kuching,dh masuk entry lain. Kt kepala ni macam2 benda nak tulis. Kekangan masa tu kadang2 membataskan keadaan. Sebelum dtg Kuching, aku dh buat research dh. Kt mana nak pergi, nk makan dan tempat2 menarik  yg nak pergi dan yang paling penting bajet. First place kitaorg pergi Muzium Kucing. Tq Mr Waze yg banyak membantu. Masuk muzium ni free je cuma kalo nk amik gambar kena bayar. Maksudnya cam permitla...kalo dia tangkap ko amik gambar tanpa permit kena denda. Bayar jelah, tak mahal pun. Tp kucing yang real memang tak dela. Yg ada patung2 kucing dan benda2 yg berkaitan ngan kucing. Boringlah sikit. Tapi anak2 aku seronok je. Nak2 Syira...dia mmg pantang betul tgk ada pulak kedai souvenier kt situ.





Pastu kitaorg ke Semenggoh Wildlife, nak tengok orang utan. Adalah sekor orang utan yg keluar time nak bagi makan. Nak tgk banyak kitaorg kena menapak sikit dalam hutan. Dah menapak separuh jalan, hujan pulak turun. Memang lecak dan kotorlah..Tapi penat la sebab ko kena masuk ke dalam gak. Penat la bg org yg tak fit macam aku. Maklumlah lama tak exercise. Time feeding orang utan kul 11.00 pg n 3.00 petang. 



Misi seterusnya cari kek lapis. So pergi test dulu mana sedap. Yg popular dulu Kek Lapis Dayang Salhah, sekarang yg dh top jugak Mira Kek Lapis. Kek lapis Mira ni basah skt, sesuai plak ngan selera aku. Esok baru beli, nak beli awal2 takut tak tahan lama. Next missoin terubuk masin..pun settle. Perut pn dh kenyang..badan dh penat..balik hotel rehat. Seharian duk berjalan. Penat weh...anak2 aku je steady..