nuff

Sunday, 2 February 2014

KUCHING - PART 2

Awal pagi, kawan hubby call ajak pergi Pasar Sarikin. Mcm mana nk pegi keta pn blm dpt lg..Aku x booking awal sbb fikir bukan cuti sekolah,takkan penuh kot. Tp sangkaan aku meleset...Kt hotel tu, mmg bersusun teksi, tp aku lebih suka kalau dpt sewa kereta.so bolehla ke mana yg teragak kitorg nk pergi. Akhirnya dpt gak sewa kereta dgn bantuan kawan hubby..Janjinya dpt Myvi tp owner tu ckp kunci plak hilang...so digantikan dengan Persona tapi sewa harga Myvilah RM90.00 perday. 

Dari Kuching ke Sarikin amik masa dalam 1 1/2 jam perjalanan. So aktifkan Waze anda. Sarikin ni macam kawasan pendalaman sikit. Sempadan Malaysia dengan Indonesia. Tp jalan nak ke sana dh ok skt berbanding sblm nie aku pergi. Jalan berbatu kerikil...bergegar kepala aku nak sampai sana. Aku syorkan kalo nk pergi terutamanya kalo bwk anak kecik pergilah seawal pagi sbb cuaca kt sini panas sgt...So marilah mencuci mata..

Aiman pn berjaya merembat 2 buah topi...Syabas...

Hasil tangkapan Syira... Marie The Cat
Masing2 kepenatan...dan terus ke Jong's Crocodile Farm. Sewa keta 2 hari je, haruslah round sepuas-puasnya. Fee is RM18.00 for adult, RM8.00 for children...



Seram pulak aku tgk buaya-buaya nie. Terlampau banyak...pastu ada pulak show bagi buaya makan. Mmg real tgk buaya-buaya tu melompat2 nak terkam makanan yang digantung di tempat yang dikhaskan. Selalu pergi zoo tgk buaya tidor je..tapi bila tgk buaya kat sini agresif menerkam2 makanan rasa teruja
pulak. Show ada 2 sesi, pukul 11 pagi dan 3 petang. Tgk buaya makan, mulalah terasa lapar. So bergerak balik ke area Waterfront, cari port yang
menarik untuk makan. 
Senyum dapat makan.