nuff

Thursday, 20 February 2014

KEHAMILAN LUAR RAHIM-PART 1

27 Jun 2013

Alhamdulillah...positif 4 weeks pregnancy. Sangat gembira dan teruja setelah  1 1/2 tahun menanti. Pengalaman keguguran 7 minggu kandungan ketiga membuatkan aku lebih berhati-hati dengan kehamilan kali ini.


1 Julai 2013



Risau...dah 2 ari aku bleeding tp tak banyak. Masa mengandungkan Syira pun macam nie jugak. Tapi pengalaman miscarriage dulu membuatkan aku fobia. Check up kat klinik..doktor scan tapi tak nampak memandangkan usia kandungan baru 4 minggu. Cuma doktor cakap kandungan masih lemah dan jangan terlalu mengharap..Will be scan again later....



Alhamdulillah...lepas check up aritu dh stop bleeding. Banyak rehat...En Suami dan anak-anak pun banyak membantu. Aiman dan Syira paling teruja, maklumlah nak dapat adik lagi. Actually kehamilan kali ini tak dirancang...give up jugak sebab lepas miccariage aritu tak lekat2. So, try2 jugak makan supplement. Aku makan kolagen VCO dan tak sempat abis sekotak pun aku stop bila dah preggy. Berurut jugak utk betulkan dan tinggikan rahim. 


Mengandung di bulan Ramadhan betul2 menguji kesabaran aku. Sempat puasa 9, 10 hari kot. Paling kesian dengan En Suami dan anak2..sebab aku tak bole nk masak sangat. Aku pn tak larat sangat sbb perut aku tak nak terima nasi. Makan lauk2 je..roti pn aku sebat. Leha World dan ibu mertuaku menjadi penyelamat keadaan untuk juadah berbuka.



Rezeki baby pun murah. Almost every week aku berbuka kat hotel. Sempat ke Baby Fair semasa menginap kat Vivatel KL. Cuba2 nasib isi borang utk cabutan bertuah. Next day, penganjur call suruh datang sebab ada penyampaian hadiah utk cabutan bertuah pukul 4.00 petang. Nampaknya bukan rezeki anak ibu sbb aku dh balik Seremban tghari tu. 



2 Ogos 2013 

Menjadi2 pulak loya aku.. nak pakai brooch kat tudung pn tak boleh. Rasa ada benda tersangkut je kat tekak aku. Niat dihati nak buat buku merah kat klinik, tp aku tangguhkan dulu sbb masa pack sgt rasanya. Takpelah tunggu lepas raya. Sempat jugak ke klinik amik ubat utk kurangkan rasa loya.


-continued-