nuff

Friday, 28 February 2014

DEMAM OH DEMAM...

Haritu aku dh demam. Badan takla panas sangat pun dedar je. Makan panadol tido. Malas aku nak layan sangat sakit2 nie, lagi bertambah sakit. Last week tido kat rumah mertua. Badan pun tak sihat sangat, tapi kena kuatkan semangat. En Suami pulak pergi bercuti ngan kawan2 dia kat Krabi, Thailand. Nak kata demam rindu pun tak jugak. Tak sempat nak rindu pun sebab asik berwassap. Aku dah faham sangat peel dia. Bukannya boleh berenggang ngan aku. Feeling lebih...sampai aku pulak yang paksa2 dia...have fun la yang. Pergi bercuti releasekan tension. Rupa2nya dia lagi tension bila aku takde depan mata dia. 


Hari Sabtu my chenta aka En Suami balik. He..he..lompat bintang 10 kali. Hari Ahad plak dah janji ngan Kak Ana aka tukang urut nak berurut dan sengkak sekali. Lepas operation aritu dh berurut tapi belum sengkak sebab luka masih baru. Siap menjerit2 masa berurut tu, padahal dah selalu berurut. Tapi sakit tetap ada. Dan kesudahannya 2 hari aku sakit2 badan dan terus demam balik. Demam pun selera makan aku tetap tajam. Pagi Rabu siap tapau bubur nasi ngan sandwich. Menjelang tengahari badan aku dh rasa lain macam. Terus pg klinik. Balik rumah mertua aku balun nasi sepinggan je..boleh plak pasang ekon pastu tido. Nasib mak mertua sayang kat menantu dia yang seorang nie. Bangun tido aku buat air, nk makan ubat. Kalau minum ngan air masak confirm sampai air habis sejug pun ubat tu aku tak telan2. Pastu mak mertua paksa makan bubur jagung. Sedapnya...Malam aku tapau Mihun Bakso. Aku pun tak tahu nak kategorikan jenis demam aku nie. 



Pagi tadi siap buat breakfast sandwich sebab anak2 ada latihan sukan. Kesian kat budak2 takut lapar pulak. Dahla cuaca sekarang nie panas lain macam boleh pulak ada latihan sukan. Janganlah anak2 aku pulak yang demam. Seorang ibu nie walau sakit macam mana pun dia tetap akan bangun jugak. Nak pastikan jugak anak2 dan suami makan, minum dll. Itulah kelebihan seorang Ibu. Sebak ingat keadaan Ma di kampung. Selalu doakan yang terbaik utk Ma :( Bila petang badan aku dh rasa lain macam, makan ubat pastu tido balik. Bangun lapar...nk srh En Suami pergi tapau apa yg patut kesian pulak. Iyalah En Suami aku kan kerja kat site..dengan keadaan cuaca sekarang nie aku tgk dia asik kepenatan jee..Nasib tak moody. Dr semalam nak nie...tapi cam melampau je demam2 nak mintak makan kat Pizza. So aku masakla guna bahan2 yg ada. Janji kenyang...Jeng..jeng ...jeng..



Spaghetti Carbonara. Resipi yg paling mudah dan senang. Aiman siap komplein bg pihak Syira. Dia cakap tak sedap. Selalu aku masak Spaghetti Bolognaise. Pedas2..masam2..tekak anak2 aku nie selera diaorg yg pedas2 je.. Org Nogorilah katakan. Tak sedap aku tgk laju je dia makan siap tambah lagi. Suruh ulangkaji baca buku, elok je dia lolap. Kenyang la tu makan spaghetti yg tak sedap tu..He..he...