nuff

Wednesday, 1 November 2017

15TH ANNIVERSARY

Rindu nak menulis...tapi kekangan masa tu kadang2 membataskan jugak apa yang telah dirancang. Kebelakangan ni rutin harian dah banyak berubah dan totally sangat berubah. Memang kadang2 ada jugak terasa hati..penat..tapi aku kuatkan jugak diri mengharungi hari2 yang mendatang. Jangan serkap jarang tau...No..no..no...Alhamdulillah aku ngan En Suami okey je.Baru je sambut anniversary yang ke 15 tahun pada 15 September hari tu. 

Memang dalam kepala ni plan nak buat banyak benda..tapi dalam keadaan sekarang ni aku tak boleh ikut kehendak hati sangat sebab En Suami masih sibuk memantau kerja2 renovation rumah Mak. Tulah bajet mula2 mmg nak buat sikit2 je..Tapi bila check sana sini baru perasan ada yg bocor, ada kayu yang dah reput..Nak tak nak dan untuk keselamatan bersama eloklah repair sekali harung kan...Aku pun taknak request lebih2 untuk anniversary kali ni sebab sedang berusaha untuk memahami kesibukan En Suami. Tapi Alhamdulillah En Suami faham2 jek lalu mengajak isterinya ke Kuala Pilah..Ada apa di Kuala Pilah?? Tu kena tanya orang Negeri Sembilanlah. Terus terubat duka lara di hati. Untuk kali nie jelah.

So cuma pergi makan2 je kat  Cowboy Steak House, Senawang. Tapi katanya takde kek. Susah jugak bila En Suami dah set kat kepala mesti ada kek kalau birthday ke, anniversary ke...Takpe kek lain kali jek kita beli. Lagipun weekday, esok anak nak sekolah so malaslah nak  pergi tempat jauh2..Takut terbabas bangun pagi ..janji keluar makan bersama sudahlah...Saya pandang muka awak...awak pandang muka saya...Baru je feling2..acah2 romantik...Anak2 dah berdehem...tergelak2.....Spoil betul..
Dia ni bawak makan mana2 ikut je...Mengorder macam2 tapi makan tak pernah habis. Cuma abang je yang susah sikit. Mesti nak cari nasi jugak..
Lamb chop dia banyak..Tapi kalau well done mesti lagi sedap..ni nampak sikit sebab dah banyak masuk perut.
Nak makan pun tak senang. Masing2 sibuk nak bergambar..Alhamdulillah, 2 orang cahaya mata yang Allah amanahkan  buat masa sekarang. Masa akan datang belum tau lagi.


Dear En Suami,

Hampir 15 tahun hidup berumahtangga, macam2 kisah suka dan duka telah kita lalui bersama. Dari zaman naik motor ke hulu ke hilir sampai anak sorang pun kita masih macam tu. Duduk pula rumah sewa yang pintu dapur pun dah tinggal separuh. Gigih kita duk repair rumah buruk tu sampai jadi cantik. Kita cat..kita repair...Perut dah memboyot pun gigih gunting kain atas lantai sendiri nak buat langsir punya pasal. Dengan tv pun letak atas lantai...duk bersila je kita tengok tv sambil berbuka puasakan. Pastu berdikit2 beli barang2 rumah, selesalah sikit hidup kita. Walaupun beli sofa kat courts bayar tiap2 bulan. Pastu terus rasa serik nak berhutang. Pakailah apa yg ada...janji tak terikat dengan hutang. Dan yang penting kita tak meminta2 dengan orang untuk keselesaan hidup kita.

Alhamdulillah ada ganjarannya untuk org2 yang sabar. Betullah kata orang anak itu pembawa rezeki. Sedikit demi sedikit hidup kita mulai berubah. Awak dapat jawat jawatan yg sesuai dengan kelulusan awak. Bukan senang2 nak dapat jugak kan. Sebab kena panjat HQ, panjat SPA semata2 nak dapatkan interview tu jugak sebab awak cakap kalau dah tersenarai utk interview tu dah macam confirm dapat kerja tu. Dan yang saya paling respek awak ajak sekali kawan2 awak yg layak utk sama2 pergi interview. Alhamdulillah jugak...akhirnya awak dan kawan2 awak yg lain berjaya. 

Dan finally saya pun dapat jugak kerja kerajaan walaupun terpaksa pergi interview masa berpantang 2 minggu. Dalam usia rumahtangga yang masih baru, kita dah mampu beli kereta dan rumah. Terima kasih buat Mak Abah awak...dan Ma Abah saya sebab tak pernah desak dan masuk campur dalam urusan rumahtangga dan secara tak langsung kita mencorakkan sendiri kehidupan dan rumahtangga kita. Kalau nak throwback balik apa yg dah kita lalui memang tak tertulis kat sini. Cukuplah kita je yang tahu apa yang pernah kita lalui sebab rumahtangga kita pun tak sempurna jugak..Bermasam muka, sentap2, angin kus2 jugak kadang2 kan..Betullah kata orang pengalaman itu mematangkan kita..

Terima kasih En Suami kerana sentiasa ada di sisi saya di saat suka mahupun duka, di kala susah maupun senang. Terima kasih sebab sentiasa berusaha untuk membahagiakan dan memberikan yang terbaik untuk saya dan anak2. Terima kasih sebab menyayangi dan menyintai saya seadanya. Semoga ikatan cinta yang terjalin erat ini berkekalan untuk selamanya dan semoga rumahtangga kita sentiasa diberkati dan dalam lindungan Allah SWT..AMIN...